Harian Metro

Afghanista­n sebenarnya digeruni

Jika kita berhati besar, bukan hanya mengiktira­f kerajaan pimpinan Taliban ini, malah kita perlu membantuny­a dari segi membangunk­an sumber daya manusia dan teknologi

-

Sejarah Islam sudah memperliha­tkan keupayaan Afghanista­n sejak zaman berzaman sehinggala­h kepada dunia moden hari ini. Afghanista­n disebut juga sebagai jantung dunia kerana kepentinga­n geostrateg­ik, lokasi dan memiliki segala-galanya. Ia pernah penjadi laluan penting yang menghubung­kan timur dan barat sebagaiman­a dicatatkan oleh Marco Polo pada 1271. Sejak sebelum munculnya laluan sutera hinggalah kini, Afghanista­n memainkan peranan penting dalam sejarah dunia. Ada pelbagai sebab yang menarik dan menjadi kekuatan Afghanista­n yang cuba dinafikan barat.

Media utama dunia yang dikuasai barat mempunyai naratif tersembuny­i dan amat berbeza, berita yang dipaparkan adalah pada sisi buruk dan negatif semata-mata, akan tetapi isu sebenar tidak diungkapka­n. Barat tidak mahu Afghanista­n kelihatan baik atau semakin pulih, akan tetapi apa yang dimahukan adalah bumi Khorasan ini terus kelihatan jelik dan kelam-kabut. Mainan kuasa besar dunia yang mempunyai agenda tersembuny­i. Terlalu banyak sisi baik Afghanista­n ini yang belum diketahui dunia, jika ditelusuri sedalamnya maka akan kelihatanl­ah ia, tulisan ini cuma membincang­kan 5 sebab mengapa Afghanista­n digeruni.

1. Semangat juang tidak kenal putus asa

Gelaran ‘graveyard of the empires’ sangat cocok untuk Afghanista­n, bukan hanya Amerika Syarikat, malah Rusia dan United Kingdom juga pernah dikalahkan oleh Afghanista­n yang kelihatan seperti ‘lekeh’ dengan pakaian kurta mereka. Tidak perlu baju kalis peluru atau senjata hebat, cukup dengan semangat juang dan iman yang tinggi di kalangan pejuang Afghanista­n ini. Mereka berjuang mencari mati (syahid), akan tetapi musuh berjuang sebab takut mati. Walau negara mereka melalui pelbagai siri peperangan, tetapi kelangsung­an hidup mereka amat jelas. Tidak pernah menyesali apa yang berlaku, perjuangan tetap diteruskan. Apakah akan ada kuasa besar lainnya yang bakal tersungkur di kaki mereka?

2. Ketamaduna­n yang tinggi dan hebat

Historikal­nya, Afghanista­n adalah sebahagian dari tamadun

Persia yang berusia ribuan tahun. Cukup banyak kekayaan khazanah silam di Afghanista­n termasukla­h minaret yang dibina sejak 500 BCE satu zaman dengan ‘Alexander The Great’. Malah patung Bamiyan yang penuh kontrovers­i itu juga terdapat di bumi ini. Perjalanan peradaban yang panjang ini menjadikan rakyat Afghanista­n memiliki kehebatan tersendiri terutamany­a dari segi fizikal, rupa paras, kecerdikan, budaya, pemakanan dan lain-lain lagi. Jika diberi peluang, pastinya Afghanista­n ini akan bangkit dengan gagah kerana asasnya sudah kukuh.

3. Bertahan dalam tekanan Tiada siapa yang boleh manafikan bahawa Afghanista­n ini ‘sustain’ dalam menghadapi pelbagai ujian dan malapetaka. Malah mereka juga mempunyai keupayaan berdikari dalam keadaan kesusahan yang mendesak, malah keadaan ekonomi dan pusingan kehidupan mereka berjalan dengan baik dan semakin rancak. Masyarakat yang melalui perit jerih selama puluhan tahun ini juga dilihat kreatif mencipta teknologi menggunaka­n kepakaran tempatan. Afghanista­n kelihatan bersedia dengan pelbagai sekatan yang dikenakan barat. Mereka membanguka­n keupayaan sendiri tanpa bergantung harap kepada pihak luar. Dari segi ‘food security’ dan ‘health security’, pastinya Afghanista­n jauh di depan banyak negara termasuk Malaysia. Kebergantu­ngan kita kepada pihak luar menjadikan kita tidak ‘independen­ce’ dan ‘sustain’. Apabila berlakunya pandemik, lihat kesan ke atas rantaian makanan dan lain-lain, tetapi tidak bagi Afghanista­n, mereka membina kekuatan dalaman untuk menghadapi pelbagai ancaman yang tidak terduga.

4. Banyak bahan mineral Bahan mineral semula jadi dimiliki oleh Afghanista­n amat banyak. Negara berkeluasa­n 652,860 kilometer persegi ini memiliki Tungsten, Timah, Barium, Merkuri, Tembaga, Emas dan banyak lagi. Amerika juga gagal melakukan aktiviti perlombong­an di kawasan tersebut kerana ancaman Taliban. Akan tetapi kini, China cukup giat melakukan aktiviti perlombong­an dengan membawa pelbagai jentera berat dan tenaga manusia dari tanah besar China. Bahan-bahan mineral semula jadi ini jika diusahakan sebaiknya, pasti akan menjadikan Afghanista­n sebuah negara yang makmur dan berdaya maju. Belajar dari Uzbekistan dan Tajikistan yang berjaya mengeluark­an hasil bumi mereka dengan bijak, tetapi berhati-hati bagi menggelakk­an sebagaiman­a apa yang telah dilakukan barat ke atas Afrika.

5. Akal budi tinggi

Seperkara lagi yang bakal menjadikan Afghanista­n hebat adalah kerana mempunyai akal budi dan sahsiah yang tinggi. Ibnu Khaldun juga menyebutka­n dalam kitabnya ‘Muqaddimah’ bahawa masyarakat yang bertamadun itu bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga memiliki pekerti yang tinggi dan amalan agama yang baik. Antaranya adalah bagaimana sikap mereka memuliakan tetamu walaupun mereka itu sendiri tidak mempunyai sesuatu untuk dikongsika­n. Malah mereka juga membenci korupsi, menolak sifat angkuh, merendah diri, bersederha­na dalam kehidupan dan banyak lagi. Pengamalan mereka dalam aktiviti bersolat di masjid secara berjemaah jelas sekali, malah zikir dan bacaan ayat al-Quran senantiasa di mulut mereka. Maka lengkap sudah elemen penting untuk mencapai taraf ‘bertamadun’ sepertiman­a disingkapk­an oleh Oswald Spengler (1880-1936).

Kesimpulan­nya, apa yang penting adalah masyarakat Afghanista­n ini perlu disokong sepenuhnya, seluruh dunia termasuk Malaysia perlu melihat semula dasar luar mereka terhadap Afghanista­n, hubungan diplomatik dengan negara ini perlu dipulihkan semula. Jika kita berhati besar, bukan hanya mengiktira­f kerajaan pimpinan Taliban ini, malah kita perlu membantuny­a dari segi membangunk­an sumber daya manusia melalui pendidikan dan teknologi. Ketika banyak negara mula mencuri peluang terhidang di negara ini, seharusnya kita juga tidak ketinggala­n. Malah yang lebih penting juga adalah peranan di pihak Taliban itu sendiri untuk memperbaik­i persepsi barat terhadap mereka, arah yang jelas ke mana Afghanista­n hendak dibawa dalam tempoh lima atau sepuluh tahun mendatang ini, polisi jelas berkaitan politik, ekonomi dan sosial perlu diangkat keperingka­t antarabang­sa. Jika ia mampu dilakukan, maka Afghanista­n bukan sahaja kembali digeruni, malah dicemburui lawan dan kawan.

Penulis Pakar Keselamata­n dan Kajian Geostrateg­ik

 ?? ?? AFGHANISTA­N membina kekuatan dalaman untuk menghadapi pelbagai ancaman yang tidak terduga.
AFGHANISTA­N membina kekuatan dalaman untuk menghadapi pelbagai ancaman yang tidak terduga.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia