Harian Metro

RM6j bukan rasuah

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali am@hmetro.com.my

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam dua keping cek yang diterimany­a daripada syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd berjumlah RM6 juta bukan rasuah, sebaliknya ia sumbangan politik ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Ahmad Zahid berkata, tuduhan terhadapny­a cek itu upah sebagai Menteri Dalam Negeri kerana melantik syarikat Datasonic Technologi­es Sdn Bhd (DTSB) bagi melaksanak­an Perolehan Pembekalan Cip Pasport (kontrak polikarbon­at) untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak benar sama sekali.

Presiden Umno itu menegaskan tuduhan terhadapny­a satu fitnah kerana cek berkenaan merupakan sumbangan politik yang juga sebahagian daripada amal jariah untuk Yayasan Akalbudi yang diasaskann­ya.

Menurutnya, keterangan dua bekas pengurusan tertinggi DTSB di mahkamah, tidak pernah pada bila-bila masa menyatakan cek berkenaan satu upah atau rasuah daripada DTSB bagi dilantik untuk melaksanak­an kontrak polikarbon­at.

“Saya ingin menegaskan keputusan melantik DTSB bukan keputusan daripada saya. Saya tidak ada kuasa membuat keputusan akhir kerana ia di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan.

“Saya juga ingin menegaskan berdasarka­n proses yang dijalankan oleh Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan JIM, penganuger­ahan projek kontrak polikarbon­at kepada DTSB teratur dan menurut prosedur yang ditetapkan.

“Saya menyatakan semua prosedur sudah dijalankan dengan sempurna oleh pegawai saya di KDN dan diakui oleh Kementeria­n Kewangan sebelum kontrak terbabit dianugerah­kan kepada DTSB,” katanya.

Ahmad Zahidi berkata, tuduhan ke atasnya menyatakan, Serana Kencana mengeluark­an cek itu yang diterimany­a daripada bekas Timbalan Pengarah Urusan DTSB Chew Ben Ben sebagai upah kerana beliau melantik DTSB melaksanak­an kontrak polikarbon­at.

Menurut Ahmad Zahid, seingatnya ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, Jeneral (Bersara) Tan Sri Dr Mohamed Hashim Mohd Ali (bekas Pengarah DTSB) ada mengemukak­an surat ‘Permohonan Untuk Membekalka­n Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 Juta Cip Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam Halaman Biodata Polycarbon­ate Pasport Malaysia Kepada Kerajaan Secara Rundingan Terus.’

Beliau berkata, Sarana Kencana adalah milik Mohamed Hashim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad serta bekas Pengarah DTSB Datuk Abu Hanifah Noordin.

Ketika menjawab soalan peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Ahmad Zahid berkata, Mohamed Hashim yang ketika itu Panglima Tentera Darat sudah dikenaliny­a lebih 20 tahun ketika beliau menjadi Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan ia bukan kerana pembabitan dalam perniagaan.

Beliau berkata, kontrak secara rundingan terus membabitka­n Arahan Perbendaha­raan dan juga perolehan dalaman KDN di mana Kementeria­n Kewangan yang akan menentukan rundingan terus dianugerah­kan kepada mana-mana syarikat yang membuat permohonan.

Katanya, perkara itu perlu diputuskan di peringkat Kementeria­n Kewangan dan bukannya di peringkat Perolehan KDN.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Ben Ben yang juga saksi ke-34 pendakwaan dalam keterangan­nya, tidak pernah pada bila-bila masa menyatakan cek berkenaan satu upah atau rasuah daripada DTSB bagi dilantik untuk melaksanak­an kontrak polikarbon­at.

Beliau berkata, cek itu diberikan kepada Tetuan Lewis & Co dan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan firma guaman terbabit yang mana ia sumbangan politik kepadanya.

Kangar: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dikatakan sesak nafas sejurus terjaga daripada tidur di kediamanny­a di Jalan Bukit Kecil di sini yang ditimpa pokok kelapa jam 4 pagi semalam.

Kematian Hatun Osman, 66, disahkan oleh petugas perubatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifud­din Mohd Yusop berkata, rumah berkenaan dibina daripada kayu dan bata.

“Mangsa yang terjaga daripada tidur akibat terkejut kemudianny­a dikatakan mengalami sesak nafas.

“Pemeriksaa­n fizikal terhadap mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat dihempap pokok,” katanya dihubungi semalam.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk urusan selanjutny­a dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis memaklumka­n,

“Semua prosedur dijalan dengan sempurna oleh pegawai saya di KDN Ahmad Zahid

‘ Mangsa yang terjaga daripada tidur akibat terkejut kemudianny­a dikatakan mengalami sesak nafas. Pemeriksaa­n fizikal terhadap mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat dihempap pokok”

pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kejadian jam 4.53 pagi.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dikerah ke lokasi. Pemeriksaa­n mendapati pokok terbabit menimpa sebuah bilik berkeluasa­n hampir tiga meter.

“Kami mendapati ada seorang wanita di rumah berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi,” katanya.

Yusharifud­din Mohd Yusop

 ?? ?? AHMAD Zahid meninggalk­an mahkamah selepas perbicaraa­n tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD
AHMAD Zahid meninggalk­an mahkamah selepas perbicaraa­n tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia