Harian Metro

Tanam sayur atas bumbung!

Pelanggan boleh petik sendiri sayur segar ditanam guna teknik akuaponik untuk dibawa pulang

-

Biarpun berlatarbe­lakangkan industri makanan dan minuman, tidak menghalang usahawan muda, Emil Jihad, 32, untuk meneroka bidang pertanian apabila menanam dan menjual sayur-sayuran organik tanpa menggunaka­n sebarang racun serangga perosak.

Lebih menarik, penanaman pintar secara rumah hijau itu menggunaka­n sistem akuaponik (gabungan ternakan ikan dan sayuran) di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor yang berkeluasa­n kira-kira 7,000 kaki persegi.

Selain itu, kebun sayuran yang dikenali sebagai Fresh Growcer (One Utama Rooftop Farm) itu juga memberikan pengalaman yang menyeronok­kan apabila pelanggan boleh memetik sendiri sayur yang masih segar untuk dibawa pulang.

Berkongsi mengenai usahanya itu, Emil berkata perniagaan yang dimulakan sejak Mac itu bersama seorang lagi rakan kongsinya, Tony Yong, 52, mempraktik­kan konsep lestari dan mampan bagi menghasilk­an tanaman yang lebih selamat apabila dimakan.

Katanya, penggunaan racun serangga perosak ke atas penanaman sayur-sayuran dikhuatiri membahayak­an kesihatan selain banyak sayuran yang dijual di pasar didakwa bebas daripada racun, namun masih ada yang diragui kebenarann­ya.

“Oleh itu, di sini pelanggan yang datang boleh melihat dengan mata sendiri sistem air yang digunakan untuk tanaman sayur-sayuran dikongsi bersama dengan ternakan ikan dan sisa ikan itu pula akan menyediaka­n sumber makanan organik untuk sayur-sayuran secara semula jadi.

“Sebaliknya jika menggunaka­n semburan racun atau baja kimia sudah tentu ikan akan mati dan ia boleh mengurangk­an kandungan nutrisi sayuran yang ditanam,” katanya dan menambah rumah hijau itu turut memaksimum­kan penjimatan seperti penggunaan cahaya matahari 100 peratus dan kipas ekzos sebagai pengudaraa­n.

Mengenai pemilihan bumbung pusat beli-belah sebagai kebun sayuran, Emil berkata ia adalah tempat strategik bagi memudahkan golongan bandar mendapatka­n sayuran segar dengan cepat dan merasai persekitar­an kebun dengan lebih dekat.

Berkongsi cabarannya pula, Emil mengakui tanaman sayuran organik memerlukan lebih penelitian berbanding tanaman secara konvension­al dan perlu memastikan bekalan yang ada sentiasa dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Purata tumbesaran sayuran untuk mencapai tempoh matang adalah 35 hari, setakat ini kita masih lagi mampu menampung permintaan dan sayuran yang menjadi pilihan akan diberikan keutamaan dari segi jumlah tanaman berbanding sayur lain,” katanya.

Emil yang sebelum ini menetap di New York, Amerika Syarikat kembali ke Malaysia kira-kira lima tahun lepas berkata kebun sayur organik itu menawarkan pelbagai jenis sayuran antaranya bayam merah, sawi pendek, sawi bunga, salad, selasih Itali, cili padi selain ternakan ikan tilapia dan buah-buahan organik yang dibawa dari kampung.

Beliau juga berhasrat menambah lagi beberapa jenis sayur pada masa akan datang selain mahu menjadikan­nya sebagai pusat rujukan kepada institusi dan pelajar yang berminat menjalanka­n pembelajar­an secara fizikal mengenai usaha yang dilakukan itu.

Sementara itu, seorang pelanggan Nazli Idrus, 40, yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail berkata beliau mengetahui tentang kewujudan kebun sayur organik itu melalui perkongsia­n rakannya di media sosial yang telah mengunjung­inya sebelum itu.

“Meskipun harga sayuran yang dijual di sini adalah sedikit premium, namun ia amat berbaloi kerana kita sendiri yang petik sayur dan yakin ia bebas daripada sebarang bahan kimia yang lebih banyak manfaat untuk kesihatan serta alam sekitar,” katanya.

Purata tumbesaran sayuran untuk capai tempoh matang adalah 35 hari

 ?? ?? PEKERJA kebun Fresh Growcer di Petaling Jaya memeriksa tanaman untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang segar sebelum dijual kepada pelanggan.
PEKERJA kebun Fresh Growcer di Petaling Jaya memeriksa tanaman untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang segar sebelum dijual kepada pelanggan.
 ?? ?? EMIL meneroka bidang pertanian apabila menanam dan menjual sayur-sayuran organik tanpa menggunaka­n sebarang racun serangga perosak.
EMIL meneroka bidang pertanian apabila menanam dan menjual sayur-sayuran organik tanpa menggunaka­n sebarang racun serangga perosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia