Harian Metro

Polis Kelantan tingkat kawalan

-

Kota Bharu: Tiada pembabitan rakyat negara ini dikesan dalam kejadian letupan bom dan tembakan senjata api di Tak Bai, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan insiden itu, pihaknya memperting­katkan lagi kawalan dan memberi jaminan keselamata­n negara berada dalam keadaan sangat baik.

Beliau percaya insiden jam 9.35 malam (waktu tempatan) itu tiada kaitan dengan aktiviti penyeludup­an namun ia bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa negara jiran.

“Kita akan tunggu hasil siasatan pihak sana (Thailand), tak boleh kata tidak terbabit tapi setakat ini tiada pembabitan orang kita dalam insiden di sana.

“Saya rasa, setakat pemerhatia­n kita, tiada kaitan dengan soal penyeludup­an, tapi kita tengoklah siasatan

‘ Kita akan tunggu hasil siasatan pihak sana (Thailand), tak boleh kata tidak terbabit tapi setakat ini tiada pembabitan orang kita dalam insiden di sana” Muhamad Zaki Harun

dari negara jiran.

“Dari dulu lagi apabila buka sempadan, kita memperketa­tkan kawalan bermula lapisan pertama hingga ketiga. Saya jamin keselamata­n rakyat kita amat baik,” katanya, semalam.

Dalam serangan di sebuah balai polis marin di

Tak Bai, tiga anggota keselamata­n cedera selepas diserang individu bersenjata api dan bom tangan.

Muhamad Zaki berkata, dari segi pergerakan orang ramai untuk keluar masuk ke dua negara ini, setakat ini ia tetap berlangsun­g seperti biasa dan tiada kekangan seperti didakwa.

Katanya, jika disebabkan insiden serangan itu sempadan kembali ditutup, ia seolah-olah memutuskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Apabila pintu masuk sempadan dibuka, mereka yang memenuhi kehendak iaitu ada pasport dan pas sempadan, kita tak boleh sekat (pergerakan keluar masuk) tapi kita kawal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia