Harian Metro

Malaysia-Thailand kukuh kerjasama

-

Kuala Lumpur: Malaysia dan Thailand mengukuhka­n lagi kerjasama pertahanan sedia ada dengan mengekalka­n serta meningkatk­an hubungan pertahanan di semua peringkat bagi mengelakka­n eksploitas­i sempadan oleh tindakan pengganas dan pelampau keganasan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, kedua-dua pihak sudah mencapai persetujua­n berhubung beberapa perkara.

“Antara yang dipersetuj­ui ialah tentera darat kedua-dua negara bersetuju membina dua Pos Sempadan Berselaras (CBP) baharu bagi memerangi jenayah rentas negara dan penyeludup­an, selain kerjasama ketenteraa­n dalam bidang latihan, kursus serta latihan bersama.

“Malaysia juga mencadangk­an untuk meningkatk­an kerjasama pertahanan dalam Peronda Selat Melaka (MSP) kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Segiempat dengan penyertaan Menteri-Menteri Pertahanan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Saya dengan sukacitany­a melaporkan bahawa Timbalan

Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan sangat menyokong cadangan kami dan kami berharap Thailand menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Peringkat Menteri Segiempat MSP yang julung kali diadakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Semalam, Prawit memulakan lawatan kerja rasmi sulung ke Malaysia selepas pandemik Covid-19. Beliau tiba di Wisma Pertahanan di sini, bagi membuat kunjungan hormat kepada Hishammudd­in pada jam 11 pagi.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan Thailand dijadual menghadiri Mesyuarat Ke-55 General Border Comittee Malaysia-Thailand yang akan dipengerus­ikan secara bersama Hishammudd­in.

 ?? ?? HISHAMMUDD­IN
HISHAMMUDD­IN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia