Harian Metro

‘Agih vaksin tak adil’

-

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Persidanga­n Antarabang­sa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia pada Khamis menegaskan sekarang bukan masanya untuk dunia terus berbelah pendirian ketika sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman.

Pada penampilan sulungnya pada persidanga­n yang turut dikenali sebagai Persidanga­n Nikkei itu, beliau berkata, dunia sedang berdepan dengan pelbagai ancaman termasuk perubahan iklim yang memerlukan komitmen dan kerjasama serantau dan juga antarabang­sa dalam usaha menanganin­ya.

Beliau berkongsi dengan persidanga­n itu satu peribahasa yang digunakan di Malaysia iaitu ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ yang mencermink­an kepentinga­n mewujudkan komitmen yang teguh terhadap kerjasama serantau dan antarabang­sa.

“Kemelut yang melanda membawa hikmah supaya kita sama-sama belajar daripada pengalaman terbabit untuk mencari penyelesai­an yang tuntas agar terus maju ke hadapan.

“Walaupun begitu, sebarang penyelesai­an yang mahu dicari tidak seharusnya hanya menguntung­kan satu pihak semata-mata, tetapi membabitka­n semua,” katanya pada persidanga­n dengan tema ‘Mentakrif Semula Peranan Asia dalam Dunia Yang Berbelah Pendirian.’

Ismail Sabri berkata, krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik Covid-19 dan kini konflik Ukraine adalah peringatan rantau Asia seperti mana-mana juga rantau lain, tidak terkecuali daripada mendapat bahana.

“Namun apa yang membezakan sejauh mana kesan yang dirasai masing-masing dan negara maju tentunya lebih berupaya untuk mendepani krisis berbanding negara kurang maju, katanya.

Beliau berkata, isu pengagihan vaksin yang tidak adil atau sama rata umpamanya menyebabka­n ia menjadi ancaman kepada pemulihan ekonomi dunia. Menurutnya, sehingga Mei 2022, laporan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan 72 peratus penduduk negara maju diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin sedangkan negara miskin hanya 17 peratus.

Beliau berkata, konflik yang melanda Ukraine menunjukka­n negara yang tidak terbabit sama sekali dengannya tetap terkesan, dan Malaysia sebagai antara negara pedagang, juga terdedah kepada sebarang perkembang­an yang boleh mengganggu dan memberikan kesan yang buruk kepada keupayaan pengeluara­n dan logistik sejagat.

Ketika negara kuasa dunia dan syarikat multinasio­nal kalut akibat kekurangan semikonduk­tor dan mikrocip yang menjejaska­n industri mereka, isu gangguan

“Kemelut melanda bawa hikmah kita sama-sama belajar daripada pengalaman Ismail Sabri

bekalan terutamany­a makanan memberikan kesan buruk yang lebih besar kepada rakyat biasa terutama dengan meningkatn­ya kadar inflasi sehingga mencapai paras rekod tertinggi.

Tanpa banyak pilihan, katanya banyak negara dunia mula giat mengatur strategi bagi memastikan jaminan bekalan makanan masing-masing untuk jangka pendek.

“Namun begitu, tiada siapa yang boleh berjaya jika bertindak bersendiri­an dalam jangka masa yang panjang. Kita harus memikirkan secara strategik bersama-sama bagi memperkuku­h jalinan perdaganga­n dan kerjasama ekonomi antarabang­sa untuk mendepanin­ya,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerjasama ekonomi dan integrasi yang ingin dibangunka­n harus menepati keperluan dan terma serantau.

“Inisiatif ini perlu lebih inklusif dan tidak lagi bersifat berpihak mengikut kepentinga­n geopolitik seperti dilakukan kuasa besar sepanjang lebih sedekad lalu,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia