Harian Metro

Buka aplikasi, terus masuk

Pemandu teksi guna platform e-hailing akui mampu raih pendapatan kasar RM6k sebulan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

“Saya masih setia bawa teksi dan turut menggunaka­n platform e-hailing untuk menjana pendapatan kerana untuk teksi kami mempunyai kelebihan di mana boleh guna aplikasi e-hailing untuk beri pilihan tambang kepada penumpang,” kata pemandu teksi, Ahmad Hilmikhair Daud, 51 yang mengakui kelebihan menggunapa­kai sistem e-hailing untuk memperoleh penumpang.

Ahmad berkata, kemelut industri teksi ini hanya boleh diatasi dengan campur tangan kerajaan untuk memastikan pemandu teksi memperoleh sistem yang sama hebat dengan e-hailing.

“Saya masih setia membawa teksi dan pada masa masa saya gunakan platform e-hailing kerana memang banyak kelebihan dan lebih mudah mendapat penumpang berbanding tanpa aplikasi e-hailing.

“Bagi saya, teksi masih lagi relevan sebab kelebihan teksi ini imejnya lebih mudah dikenali dan mempunyai meter tambang jadinya senang untuk penumpang yang tidak menggunaka­n aplikasi e-hailing, manakala dalam aplikasi pula penumpang boleh memilih perkhidmat­an e-hailing mana yang mereka suka,” katanya.

Menurutnya, teksi mempunyai banyak kelebihan lain berbanding kenderaan persendiri­an yang membuat e-hailing, kerana di laluan tol, teksi ada diskaun (masuk dalam kategori kelas keempat), teksi boleh tawarkan tambang bermeter yang lebih telus, ada sistem kupon dan penumpang pula banyak pilihan terutama pada waktu puncak.

Ditanya bagaimana pendapatan­nya selepas menggunaka­n e-hailing, Ahmad berkata biasanya dalam sehari dia meletakkan sasaran 15 perjalanan iaitu dengan anggaran pendapatan kasar antara RM150 ke RM250.

Oleh itu, dalam seminggu dia dapat membuat 60 hingga ke 80 trip dengan pendapatan lebih kurang

RM1,000 ke RM1,600.

“Kalau sebulan saya kira anggaran kasar pendapatan boleh mencecah lebih kurang RM4,000 ke RM6,000.

“Sebelum guna e-hailing pendapatan memang merosot sebab kita sukar untuk dapatkan penumpang.

“Perbezaann­ya jika dulu saya keluar rumah dari Shah Alam ke Kuala Lumpur belum tentu ada orang tahan teksi saya, tapi sekarang saya keluar selepas subuh dan buka aplikasi, job terus masuk.

“Kalau dulu (ketika sistem operator radio teksi) kami terpaksa berebut dengan pemandu teksi lain,” katanya yang berharap pihak berkaitan dapat menggunapa­kai sistem e-hailing untuk memajukan kembali industri teksi di Malaysia.

“Sebelum guna e-hailing pendapatan memang merosot Ahmad

 ?? ?? PEMANDU teksi menunggu penumpang ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
PEMANDU teksi menunggu penumpang ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia