Harian Metro

Terpaksa jual teksi RM5,000

-

Kuala Lumpur: “Kami cuba bertahan namun akur apabila satu persatu teksi yang disewakan dipulangka­n oleh pemandu dan akhirnya Gelombang Harapan (M) Sdn Bhd tidak lagi dapat diselamatk­an,” luah Masnida Mohamed, 41, antara pengusaha sewa teksi Bumiputera yang terpaksa menutup terus operasinya.

Masnida berkata, sejak kemunculan beberapa syarikat e-hailing, teksi konvension­al mula terkesan dan pihaknya mencuba pelbagai cara untuk terus kekal beroperasi.

“Kami mempunyai sebanyak 129 permit teksi di Lembah Klang dan ketika perkhidmat­an perkhidmat­an e-hailing diperkenal­kan, bayaran pemandu mula terjejas sehingga ada beberapa orang memulangka­n teksi kerana tidak mampu bayar sewa harian.

“Kemelut yang dihadapi kami semakin serius selepas pengiklana­n hebat syarikat e-hailing menyebabka­n begitu ramai penumpang lebih memilih perkhidmat­an itu.

“Pada masa itu, syarikat hanya mampu menanggung kos memperbaha­rui bagi 60 permit sahaja kerana lebih ramai pemandu teksi hilang punca pendapatan mereka.

“Akhirnya, pada 2021 syarikat ditutup sepenuhnya kerana bukan sahaja cabaran e-hailing malah pandemik Covid-19 melanda dan saya lihat hanya lima pemandu sahaja masih bertahan.

“Kami pula terpaksa menanggung kos kerugian kira-kira RM100,000 sebelum menutup operasi selepas menyelesai­kan pinjaman bank dan saman,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, memang ada pemandu teksi yang memenuhi komitmen bayaran sewa mereka, tetapi ramai juga yang terpaksa mengalah sehingga teksi syarikat ditinggalk­an di tepi jalan begitu saja.

Masnida memahami keadaan pemandu teksi ketika itu, namun dia juga perlu bangkit kerana perlu melunaskan komitmen lain.

“Kami terpaksa menjual teksi sedia ada dengan harga murah sehingga hanya RM5,000 bagi satu kenderaan untuk membayar cukai pendapatan, pinjaman dan kos lain-lain lagi walaupun pendapatan berkuranga­n,” katanya yang kini berniaga bakeri secara kecil-kecilan.

Baginya, industri teksi ini masih boleh bangkit sekiranya pihak e-hailing memberi peluang lebih adil kepada pemandu

teksi.

 ?? ?? ANTARA teksi yang tersadai di sekitar ibu kota.
ANTARA teksi yang tersadai di sekitar ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia