Harian Metro

‘Air naik sangat pantas’

100 rumah terjejas akibat pertembung­an hujan lebat, air pasang besar

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Pertembung­an hujan lebat dan air pasang besar menyebabka­n lebih 100 rumah di Parit 7, Sungai Leman di sini, ditenggela­mi banjir.

Bencana bermula jam 12 tengah hari kelmarin, disifatkan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan itu sebagai bencana terburuk pernah dialami.

Penduduk, Mohd Amirul Asraf Md Usul, 23, berkata, kejadian banjir itu tidak dijangka apabila paras air meningkat begitu pantas.

“Biasanya banjir hanya menenggela­mkan kawasan laman rumah dan tidak pernah melimpah ke dalam kediaman. Namun kali ini banjir menenggela­mkan dua bilik, ruang tamu serta dapur.

“Ketika kejadian, saya dan lapan ahli keluarga kelam kabut menyelamat­kan barang penting termasuk perabot serta barangan elektrik ke tempat tinggi,” katanya, semalam.

Katanya, dia sekeluarga menumpang sementara di rumah neneknya di Parit 5, Kampung Seri Sentosa di sini, berikutan kerja pembersiha­n masih dilakukan.

Seorang lagi mangsa, Siti Kowiyah Dollah Fakeh, 56, berkata, kawasan penempatan penduduk di sini rendah dan berhampira­n pantai menyebabka­n ia mudah dinaiki banjir.

Dia yang tinggal di situ sejak 30 tahun lalu turut menyifatka­n banjir kali ini terburuk pernah dialaminya.

“Semasa kejadian, hanya saya seorang di rumah manakala dua anak bekerja.

“Saya terkejut melihat air memenuhi keseluruha­n rumah dan menyelamat­kan barang penting ke tempat selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor

Norazam Khamis dilaporkan berkata, kira-kira 100 rumah penduduk di sekitar Sekinchan terjejas akibat banjir berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan keadaan terkawal.

 ?? ?? KEADAAN rumah penduduk dinaiki air di Sekinchan.
KEADAAN rumah penduduk dinaiki air di Sekinchan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia