Harian Metro

Duduk atas meja tunggu bantuan sampai

-

‘ Kami ambil masa 10 minit untuk memujuk semua mangsa dengan bantuan pengerusi rumah jagaan itu kerana pada awalnya ada yang enggan keluar sehingga kami menerangka­n risiko bahaya termasuk kehadiran ular di kawasan berhampira­n seperti kes sebelum ini”

Ipoh: Sebanyak 202 mangsa banjir daripada 60 keluarga dipindahka­n ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di daerah Muallim, Batang Padang dan Hilir Perak setakat pagi semalam.

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Perak berkata di daerah Muallim, PPS dibuka adalah di Sekolah Agama Rakyat Kampung Rasau menempatka­n 19 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan (46) dan PPS Pejabat Kemas Tanjung Malim (empat).

“Selain itu, 36 mangsa ditempatka­n di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, 38 mangsa di Dewan Sungkai Klah Baru dan 42 orang lagi di Dewan Semai Bakti Trolak Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, di daerah

Batang Padang, 17 warga emas yang diselamatk­an dari pusat jagaan orang tua masih ditempatka­n di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Choong Hua 1, Bidor.

Sementara itu, menurut jurucakap, air Sungai Bidor yang melimpah hingga Sungai Perak turut mengakibat­kan banjir kilat melanda Hilir Perak jam 3 pagi semalam.

Sebanyak 50 rumah dianggarka­n terjejas dan sebuah PPS di Dewan Majlis Perbandara­n Teluk Intan Langkap sudah dibuka.

Proses pemindahan sedang dijalankan dan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba serta polis memantau lokasi terjejas banjir sementara cuaca di kebanyakan kawasan adalah baik.

Tapah: Seramai 17 penghuni rumah jagaan warga emas ditemui terperangk­ap termasuk ada antaranya duduk di atas meja bagi menyelamat­kan diri dalam kejadian banjir di Bidor di sini, petang kelmarin.

Mereka yan g terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita warga emas diselamatk­an sepasukan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari rumah setingkat di Jalan Bruseh itu jam 6 petang.

Menurut jurucakap APM, sembilan anggota dan pegawai berusaha membawa keluar semua mangsa dengan dipapah, dikendong belakang badan dan didukung selain dibawa menaiki pengusung.

“Kami menemui lima daripada mereka duduk di atas meja kerana rumah itu dinaiki air sehingga paras dada manakala selebihnya berada dalam bilik masing-masing termasuk yang terlantar.

“Kami ambil masa 10 minit untuk memujuk semua mangsa dengan bantuan pengerusi rumah jagaan itu kerana pada awalnya ada yang enggan keluar sehingga kami menerangka­n risiko bahaya termasuk kehadiran ular di kawasan berhampira­n seperti kes sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina Choong Hua 1 di sini yang menempatka­n semua warga emas berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang melawat PPS itu malam ini berterima kasih kepada pasukan APM dan penyelamat kerana membawa semua mangsa ke PPS itu dengan selamat.

“Selain di sini, kawasan Felda Trolak turut dilanda banjir dan mangsa terlibat dipindahka­n ke Dewan Semai Bakti.

“Begitu juga Pekan Trolak dan kawasan Sungkai. Hampir semua kawasan daerah Batang Padang dilanda banjir dan saya cuba tinjau semua kawasan terlibat,” katanya.

Jurucakap APM

 ?? ?? KEADAAN rumah penduduk di Hilir Perak yang terjejas banjir kilat akibat limpahan air Sungai Bidor.
KEADAAN rumah penduduk di Hilir Perak yang terjejas banjir kilat akibat limpahan air Sungai Bidor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia