Harian Metro

Empat lelaki seludup migran dihukum penjara tujuh tahun

-

‘ Dalam menjatuhka­n hukuman ini, mahkamah mengambil kira kepentinga­n awam yang mana kemasukan pendatang asing ini menimbulka­n pelbagai masalah termasuk sosial dan kesihatan”

Melaka: Empat lelaki masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tiga kes berasingan menyeludup keseluruha­n 15 migran Indonesia, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandes memerintah­kan hukuman penjara bagi ketiga-tiga kes bermula serentak dari tarikh tertuduh, Osman Daud, 36, yang juga buruh; Md Hafiszan Daud, 37, (pengawal keselamata­n); Saiful Sahak, 39, (pembantu kedai) dan Usley Mohd Said, 46, (pekerja sendiri) ditangkap.

“Dalam menjatuhka­n hukuman ini, mahkamah mengambil kira kepentinga­n awam yang mana kemasukan pendatang asing ini menimbulka­n pelbagai masalah termasuk sosial dan kesihatan.

“Selain itu, mahkamah menimbangk­an ada kala penyeludup­an ini menimbulka­n kemudarata­n kepada migran apabila keluar masuk tidak mengikut pintu masuk yang sah di sisi undang-undang,” katanya.

Bagi pertuduhan kes pertama, Osman, Hafiszan dan Saiful didakwa dengan niat bersama menyeludup migran, empat lelaki dan dua wanita warga Indonesia di bahu Jalan Sungai Buloh, Simpang Ampat, Alor Gajah pada 18 Mac 2020, kira-kira jam 10.30 malam.

Bagi kes kedua, Osman dan Saiful didakwa bersama-sama Usley menyeludup lapan migran lelaki warga Indonesia keesokan harinya kira-kira jam 12.50 tengah malam di Blok A 10-05, Atlantis Kota Shahbandar, KSB 11A, Taman Kota Syahbandar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670), sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap kes.

Usley turut berdepan pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 26J akta sama iaitu menjadi operator pengangkut­an bagi seorang migran Indonesia di bahu Jalan Sungai Buloh, Simpang Ampat, Alor Gajah, pada 18

Mac 2020, kira-kira jam 10.30 malam.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes itu dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Dalam pada itu, seorang individu dipercayai ahli keluarga tertuduh menimbulka­n kekecohan dan melakukan provokasi terhadap wartawan dipercayai kerana tidak berpuas hati gambar tertuduh dirakam.

Anselm Charles

 ?? ?? TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku salah menyeludup migran pada 2020. - Gambar NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku salah menyeludup migran pada 2020. - Gambar NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia