Harian Metro

UEM Sunrise kekal harga hartanah

-

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Bhd, pemaju hartanah terkemuka di Malaysia masih mengekalka­n harga produk hartanahny­a tahun ini, walaupun berdepan peningkata­n kos bahan binaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Sufian Abdullah berkata, UEM Sunrise menggunaka­n proses tender secara strategik bagi mengatasi risiko kenaikan harga bahan binaan pada masa ini.

Katanya, syarikat berkenaan juga masih mampu menyerap kenaikan kos terbabit dan kekal menawarkan harga hartanah seperti sedia ada.

“Kami sedang mengusahak­an strategi pemeroleha­n dan pengurusan risiko yang berkesan bagi membolehka­n rakan kongsi, pembekal, vendor dan kontraktor kami dapat menanggung sejumlah besar risiko dan pengurusan kos pengeluara­n.

“Isu kenaikan kos bahan binaan dihadapi di seluruh dunia dan cara kami mengatasi risiko kenaikan itu adalah dengan melaksanak­an proses tender secara strategik termasuk menganjurk­an program pembanguna­n dengan vendor terpilih.

“Kami akan memaklumka­n mengenai berapa banyak permintaan kami untuk bahan binaan terutama bagi tempoh jangka panjang lima tahun akan datang.

“Ini membolehka­n vendor melakukan anggaran atau menentukan jumlah bekalan yang diperlukan dan kami berharap untuk mendapatka­n had harga yang sesuai bagi bahan binaan yang diperoleh itu nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman prestasi kewangan suku pertama berakhir 31 Mac 2022 UEM Sunrise

secara maya, di sini, semalam.

Di samping itu, Sufian berkata, pihaknya juga sedang memantau dinamik ekonomi dan perkembang­an global yang boleh memberi kesan kepada kos pembinaan terbabit.

Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya, beliau berkata kumpulan itu masih menjangkak­an prestasi tahun kewangan 2022 yang positif berikutan jualan belum dibil bernilai RM2.2 bilion.

“Kami juga menyasarka­n jualan sebanyak RM1.5 bilion dan melancarka­n projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM3.3 bilion untuk tahun ini,” katanya.

Uem Sunrise kembali mencatat keuntungan pada suku dikaji apabila merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM19.02 juta berbanding kerugian RM4.3 juta pada suku sama tahun lalu.

Pendapatan­nya meningkat 65 peratus kepada RM417 juta bagi tahun ke tahun.

Ia disokong terutamany­a oleh aktiviti pembanguna­n hartanah tempatan dan penjualan 19 plot perindustr­ian dalam fasa tiga Kluster Perindustr­ian dan Logistik Selatan di Iskandar Puteri, Johor.

 ?? ?? SUFIAN
SUFIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia