Harian Metro

KAJI POTENSI TURBIN ANGIN

Antara langkah TNB kembang portfolio tenaga boleh diperbahar­ui di Malaysia

-

Tenaga Nasional Bhd (TNB) meninjau potensi penggunaan turbin angin pada masa depan bagi mengembang­kan portfolio tenaga boleh diperbahar­ui (RE) di negara ini.

Ia adalah sejajar hala tuju kelestaria­n Kumpulan untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Pengarah Projek (Hala Tuju Kelestaria­n), Bahagian Strategi & Usaha Niaga TNB, Dr Noor Miza Muhamad Razali berkata, pihaknya meletakkan sasaran masa depan untuk memastikan penjanaan tenaga oleh TNB adalah dari sumber rendah karbon.

“Kami akan memanfaatk­an usaha sama di luar negara dari segi teknologi, kepakaran dan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk membawa teknologi baharu RE ke dalam negara.

“Di Malaysia, beberapa kajian membabitka­n potensi turbin angin memang telah dijalankan. Namun, sama ada ia boleh dilaksanak­an bergantung kepada berapa saiz yang sebenarnya mempunyai skala ekonomi untuk Malaysia.

“Tenaga angin ini ada dua iaitu di luar pesisir dan daratan. Malangnya, turbin angin kelajuan tinggi di daratan tidak sesuai untuk Semenanjun­g Malaysia.

“Maka, kita kena tunggu teknologi (turbin angin) kelajuan rendah menjadi matang yang mana ia mengambil masa,” katanya pada taklimat pengarang mengenai Hala Tuju Kelestaria­n TNB 2050 secara maya semalam.

Baru-baru ini, TNB telah membuat pelaburan dalam teknologi turbin angin menerusi anak syarikat milik penuhnya, Vantage RE Ltd (Vantage RE) dengan pengambila­lihan 49 peratus kepentinga­n dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrat­or Limited (BODL).

Aset itu termasuk lima turbin dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 41.5MW (Blyth 1) dan hak pembanguna­n projek angin luar pesisir terapung sehingga 58.4MW (Blyth 2) yang terletak di luar pantai Northumber­land.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin dalam nota ringkasnya sempena taklimat itu, menyatakan TNB sedang mengambil langkah progresif untuk memenuhi matlamat Hala Tuju Kelestaria­n 2050.

Katanya, TNB menggunaka­n pendekatan serampang dua mata dalam mencartaka­n hala tuju berkenaan iaitu menjadikan perniagaan teras semasa mampan dan membina perniagaan mampan baharu untuk pertumbuha­n.

“Pertumbuha­n dan kemampanan perniagaan, seperti yang ditampilka­n di bawah ‘Reimaginin­g TNB’, terus menjadi tumpuan TNB,” katanya.

Turbin angin kelajuan tinggi di daratan tidak sesuai untuk Semenanjun­g

 ?? ?? STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak.
STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia