Harian Metro

Sasar jualan RM2.6b

Sime Darby jangka prospek positif pasaran hartanah tahun ini

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Sime Darby Property Bhd menjangkak­an prospek positif bagi pasaran hartanah sepanjang tahun ini dengan menetapkan sasaran jualan RM2.6 bilion.

Ia dapat dicapai melalui segmen kediaman dan perindustr­ian ekoran kelonggara­n sekatan di kala fasa endemik, disokong oleh kadar vaksinasi nasional dan pembukaan semula sempadan antarabang­sa.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, pihaknya juga berjaya mencapai peningkata­n sumbangan daripada segmen perindustr­ian kepada 31 peratus pada suku pertama 2022 berbanding 23 peratus tempoh sama tahun lalu.

Katanya, ia didorong oleh jualan fasiliti perindustr­ian yang bertempat di perbandara­n utama syarikat di

Lembah Klang, dengan baki pencapaian merangkumi pendapatan daripada produk segmen kediaman.

“Syarikat telah mencapai keputusan suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 yang membanggak­an dan kami mengekalka­n disiplin kewangan serta melaksanak­an kejurutera­an nilai dengan prinsip reka bentuk mengikut kos, lantaran peningkata­n kos bahan yang dijangka berterusan sepanjang tahun ini serta cabaran kekurangan tenaga kerja buruh, untuk mengekalka­n margin dan mempercepa­tkan proses pembinaan.

“Peningkata­n aliran pendapatan berulang serta pengurusan bank tanah (land bank) dan pengewanga­n syarikat juga penting untuk mengekalka­n perniagaan untuk jangka masa yang panjang.

“Justeru, kami optimis mencapai sasaran jualan RM2.6 bilion tahun ini menerusi pengenalan projek kediaman baharu serta kejayaan kumpulan merekodkan pencapaian jualan sebanyak RM888.9 juta untuk suku kewangan pertama ini,” katanya pada taklimat media prestasi kewangan suku pertama berakhir 31 Mac 2022 Sime Darby Property

‘ Kami optimis mencapai sasaran jualan RM2.6 bilion tahun ini menerusi pengenalan projek kediaman baharu”

Azmir

secara maya, semalam.

Mengulas mengenai pengumuman syarikat baru-baru ini berkenaan dana pembanguna­n industri, Azmir berkata, pihaknya sudah memperoleh komitmen awal sebanyak 50 peratus untuk dana pembanguna­n industri terbabit yang berjumlah sehingga AS$250 juta dan Sime Darby Property menyasarka­n ia memberi sumbangan sulungnya kepada syarikat pada separuh kedua 2022.

Sementara itu, mengenai projek mega luar negara, beliau berkata, Battersea Power Station (BPS) kini merekodkan kadar penyewaan komersial dan runcit serta pertumbuha­n dari segi jualan kediaman di Fasa 2 dan 3A.

Katanya, ia seiring dengan penyiapan dan pembukaan rasmi BPS pada September ini.

“Setakat ini, lebih daripada 80 peratus ruang runcit dan komersial di BPS telah diserahkan kepada rangkaian penyewa yang berkualiti tinggi,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia