Harian Metro

Cas kenderaan EV guna aplikasi Setel

-

Kuala Lumpur: Setel memperkena­lkan fungsi terbaharun­ya yang membolehka­n pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka melalui aplikasi Setel.

Pengguna EV dapat menemukan stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas, dan pengecas dapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunaka­n aplikasi Setel.

Pembayaran dibuat melalui Setel Wallet, di mana pengguna akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, tawaran kemudahan pengecas EV dalam ekosistem Setel membolehka­n pihaknya menjurus fokus ke atas aspek kelestaria­n.

“Kemudahan ini diwujudkan selepas mendengar keperluan pelanggan kami dan ia juga merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kami untuk terus menginovas­i demi mobiliti inklusif, bagi mendukung usaha global untuk menyahkarb­on pengangkut­an jalan raya.

“Didorong oleh penerima gunaan EV yang kian berkembang di Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan akses ke atas infrastruk­tur pengecasan awam di samping memudahkan proses pengecasan bagi pengguna EV, setanding pengalaman mengisi petrol yang ditawarkan oleh Setel kepada pengguna kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Setel telah bekerjasam­a dengan JomCharge sebagai pihak penyedia yang pertama dan akan menjalin kerjasama dengan pihak lain termasuk Energise oleh Petronas.

Dalam fasa pertamanya, pengguna EV boleh menggunaka­n aplikasi Setel untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di lima lokasi rintis iaitu Lotus’s Kepong; EV Connection Workshop di Petaling Jaya; Carsome PJ Automall; Rasa

Sayang Resort milik Shangri-La di Pulau Pinang; serta ibu pejabat ACO Group di Johor Bahru.

 ?? ?? PENGARAH dan Pengasas EV Connection, Lee Yuen How (kiri) bersama Mazlin Erawati.
PENGARAH dan Pengasas EV Connection, Lee Yuen How (kiri) bersama Mazlin Erawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia