Harian Metro

TRAUMA KISAH HITAM

Remaja tembak 19 kanak-kanak pernah dibuli teruk, bermasalah dengan ibu

-

Dibuli di sekolah, kesukaran di rumah dan sejarah mencederak­an diri antara kisah lampau remaja lelaki yang menembak mati 19 kanak-kanak di sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Salvador Ramos, 18, tercicir sekolah dan tidak memiliki rekod jenayah ditembak mati oleh ejen peronda sempadan ketika menyerang Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas.

Sehari selepas insiden keganasan yang turut mengorbank­an dua guru, gambar remaja lelaki berkenaan mula tersebar di internet.

Sepupu Ramos, Mia memberitah­u The Washington Post bahawa Ramos diejek kerana masalah pertuturan di sekolah menengah dan pernah memberitah­u neneknya bahawa dia mahu berhenti menghadiri kelas.

Stephen Garcia, bekas rakan Ramos turut memberitah­u, remaja berkenaan pernah dibuli dengan teruk oleh oleh ramai orang.

Akaun Instagram (IG) Ramos yang dinyahakti­f sebelum itu memaparkan gambar seorang lelaki muda berambut paras bahu dengan mata tertutup.

Terdapat juga imej dua senapang serangan dan kelopak peluru dipaparkan menerusi akaun itu.

Media AS melaporkan ada konflik antara Ramos dan ibunya yang cukup teruk sehingga polis dipanggil.

Remaja itu mempunyai sejarah mencederak­an dirinya, malah pernah muncul ke taman dengan luka di muka.

Buli dan masalah kesihatan mental menjadi faktor biasa dalam insiden tragis tembakan di sekolah AS.

Lebih 20 tahun lalu, dua remaja yang dibuli pelajar lain mengamuk di sekolah menengah tempatan mereka di Columbine, Colorado.

Mereka membunuh 13 individu dan diri mereka sendiri.

Kejadian membabitka­n tembakan oleh pelajar bermasalah mental di Institut Politeknik Virginia pada 2007 pula mengorbank­an 32 nyawa.

Isu kesihatan mental turut melanda lelaki yang membunuh 20 kanak-kanak di Newtown, Connecticu­t pada 2012, serta seorang pelajar yang dibuang kerja atas sebab disiplin kemudian membunuh 17 individu di Parkland, Florida pada 2018.

Gabenor Texas Greg Abbott pada Rabu mengalihka­n soalan mengenai sama ada perubahan dalam undang-undang senjata api diperlukan, sebaliknya menunjuk kepada penjagaan kesihatan mental.

“Kita sebagai sebuah negeri dan masyarakat perlu mengambil usaha yang lebih baik dalam isu kesihatan mental,” katanya.

 ?? ?? PENYOKONG gerakan usaha mengetatka­n kawalan senjata api menyertai perhimpuna­n di depan Persatuan Raifal Kebangsaan di Fairfax, Virginia.
PENYOKONG gerakan usaha mengetatka­n kawalan senjata api menyertai perhimpuna­n di depan Persatuan Raifal Kebangsaan di Fairfax, Virginia.
 ?? ?? ORANG ramai berpelukan ketika menghadiri majlis memperinga­ti mangsa insiden tembakan di Sekolah Rendah Robb, Uvalde, Texas.
ORANG ramai berpelukan ketika menghadiri majlis memperinga­ti mangsa insiden tembakan di Sekolah Rendah Robb, Uvalde, Texas.
 ?? ?? KANAK-KANAK perempuan menangis ketika menghadiri majlis memperinga­ti mangsa insiden tembakan.
KANAK-KANAK perempuan menangis ketika menghadiri majlis memperinga­ti mangsa insiden tembakan.
 ?? ?? SEORANG wanita memeluk kanak-kanak ketika menyertai perhimpuna­n komuniti yang dianjurkan selepas insiden tembakan besar-besaran di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO EPA
SEORANG wanita memeluk kanak-kanak ketika menyertai perhimpuna­n komuniti yang dianjurkan selepas insiden tembakan besar-besaran di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia