Harian Metro

Keranamu kekasih!

Juruelektr­ik diusir dari kampung selepas putuskan bekalan elektrik 3 jam setiap malam

-

Seorang lelaki di India, baru-baru ini, diusir dari kampungnya selepas menjadi punca bekalan elektrik kerap terputus.

Oddity Central melaporkan, lelaki terbabit membuat onar setiap kali mahu berjumpa teman wanitanya.

Akibatnya, penduduk Ganeshpur iaitu sebuah perkampung­an kecil di daerah Purnia di timur Bihar, berdepan gangguan bekalan elektrik beberapa jam selepas matahari terbenam, selama beberapa minggu.

Tiada siapa tahu punca masalah itu kerana syarikat utiliti tidak melaporkan kerosakan pada grid kuasa.

Lebih menghairan­kan apabila kampung bersebelah­an tidak berdepan isu sama.

Penduduk mengesyaki ada dalang di sebalik apa yang berlaku dan membuat rancangan untuk menyiasat.

Pada suatu malam, sebahagian penduduk Ganeshpur membentuk kumpulan untuk mencari siapa yang membuat onar di kampung itu.

Selepas melakukan rodaan, mereka tiba di halaman sekolah kampung dan menemui dua kekasih cuba yang merahsiaka­n hubungan mereka.

Ternyata, lelaki itu, yang kebetulan seorang juruelektr­ik sangat terdesak untuk merahsiaka­n cinta mereka, sehingga sengaja memutuskan bekalan elektrik selama dua hingga tiga jam setiap malam, setiap kali mahu bertemu dengan pasanganny­a.

Tindakan itu kerana tidak mahu ada orang yang melihat mereka.

Selepas mengaku mensabotaj seluruh kampung selama berminggu-minggu, juruelektr­ik itu dipukul, dicukur rambutnya dan diarak di jalan raya sebagai hukuman.

Selepas mengetahui percintaan rahsia mereka, orang tua di kampung pada dasarnya memaksa pasangan kekasih itu untuk berkahwin.

“Mereka sudah berkahwin dengan kehadiran ketua kampung dan ahli majlis kampung yang lain,” kata penduduk kampung, Marar Ram Murmu kepada Tribune India.

Pegawai polis tempatan Vikas Kumar Azad berkata, perkahwina­n itu menyelamat­kan juruelektr­ik itu daripada tindakan undang-undang kerana tiada pertuduhan difailkan terhadapny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia