Harian Metro

Lelaki obses anime letak nama anak Naruto

-

Manila: Gara-gara obses dengan karakter anime, seorang bapa tunggal di Filipina, baru-baru ini, nekad menamakan anak lelakinya, Naruto Uzumaki Namikaze Maribojo.

Oddity Central melaporkan, nama itu dipilih kerana Jamesey Bolivar Maribojo, 29, dari bandar Davao adalah peminat tegar karakter Naruto.

Jamesey sangat sukakan karakter Naruto sehingga bersungguh-sungguh meyakinkan bekas pasanganny­a yang hamil untuk menamakan anak mereka dengan watak popular itu.

Idea itu juga dipersetuj­ui bekas pasanganny­a, namun Jamesey tidak berhenti di situ kerana turut meletakkan nama keluarga Naruto pada hujung nama anaknya.

“Saya sentiasa menjadi peminat setia anime itu, sejak awal lagi.

“Jika kamu tahu Naruto: Shippuden, ceritanya mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang membesar tanpa keluarga.

“Sebagai bapa tunggal, saya menjaga anak saya seharian, namun sebelum berpisah dengan ibunya, kami bersetuju untuk menamakann­ya sebagai Naruto.

“Bagaimanap­un, saya tidak berpuas hati dengan hanya menamakan dia Naruto jadi masukkan sekali nama keluarga ibu (Naruto), Kushina Uzumaki dan bapa (Naruto), Minato Namikaze,” katanya.

Bagaimanap­un, keluarga Jamesey tidak bersetuju dengan pilihan nama untuk bayinya itu.

Menurut mereka, sukar bagi Naruto untuk menulis dan menyebut namanya serta kemungkina­n akan dibuli oleh kanak-kanak lain.

“Pada mulanya, tiada siapa yang percaya itu nama penuhnya kerana saya terus memanggiln­ya Naruto.

“Ramai yang bertanya kepada saya sama ada itu nama sebenarnya,” kata peminat anime itu.

Ayah muda itu berkata, jika dia mempunyai anak lelaki lagi, kemungkina­n besar dia akan menamakann­ya dengan nama musuh kepada Naruto iaitu Sasuke Uchiha. - Agensi

‘ Bagaimanap­un, saya tidak berpuas hati dengan hanya menamakan dia Naruto jadi masukkan sekali nama keluarga ibu (Naruto), Kushina Uzumaki dan bapa (Naruto), Minato Namikaze

Jamesey Bolivar Maribojo

 ?? ?? KARAKTER animasi popular Jepun, Naruto.
KARAKTER animasi popular Jepun, Naruto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia