Harian Metro

PANTANG TENGOK ORANG SUSAH

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Pernah berdepan ugutan tidak mematahkan semangat pengacara dan aktivis masyarakat, Iesya Toh daripada menyuaraka­n pandangan berhubung pelbagai isu demi kepentinga­n masyarakat, ekonomi dan kesejahter­aan negara.

Iesya yang pernah bergelar hos Selamat Pagi Malaysia (SPM) dikenali mempunyai pengaruh kuat kepada masyarakat terutama menerusi Instagram dan Facebook.

“Pengalaman membawa saya mendekatka­n diri dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk peringkat atasan iaitu menteri, digunakan sebaik mungkin bagi membantu orang lain.

“Diakui saya amat sensitif dan pantang tengok kesulitan orang. Tugasan sebagai hos SPM dulu banyak buka mata saya berkenaan situasi semasa terutama membabitka­n insan lain.

“Walaupun dah tinggalkan SPM, saya masih ingin berkongsi informasi dengan khalayak. Jadi, cara paling menyeluruh dengan hebahan informasi lebih meluas adalah menerusi laman sosial,” katanya.

Keberanian dan kelantanga­n Iesya terserlah apabila turut menyentuh isu jenayah, salah guna kuasa dan sebagainya yang meraih perhatian menteri dan pihak berkaitan.

“Bukan nak memburukka­n sesiapa, tapi ia lebih kepada penambahba­ikan. Saya pernah diugut berkaitan beberapa isu panas seperti kes along dan penggubaha­n wang haram.

“Apa pun dalam keghairaha­n bersuara, saya tetap ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Selain mengacara, Iesya atau nama sebenarnya

Nor Iesyatirra­diah Sanny Toh juga aktif menyanyi dan berlakon antaranya membintang­i filem Tangkai Jering.

Dalam ketegasan menyuaraka­n pelbagai isu, dihati kecilnya terselit perasaan simpati terhadap remaja terlanjur, ibu tunggal dan anak yatim sehingga dia mengumpul dana untuk membantu mereka.

“Usaha ini dimulakan pada 2015 dan awalnya saya menggunaka­n duit simpanan selain meminta sumber kewangan daripada suami terutama untuk membayar kos melahirkan di hospital swasta untuk remaja terlanjur.

“Bagaimanap­un, selepas saya meninggalk­an SPM dan kemudian berhijab, tawaran mengendali­kan acara serta lakonan berkuranga­n. Namun fokus saya ketika itu terus kepada kerja amal.

“Apabila sudah berkahwin, saya minta dana daripada suami. Kiranya suami pernah membiayai kos bersalin di hospital swasta untuk tiga bayi tanpa bapa,” katanya.

Bergerak tanpa dana secara konsisten sememangny­a sukar. Dengan pertambaha­n anggota keluarga,

Iesya memikirkan tidak selamanya boleh bergantung kepada wang suami untuk kerja amalnya.

“Akhirnya terbit idea untuk saya keluarkan produk penjagaan kecantikan sendiri bermula dengan Memoonchak bagi menampung kegiatan kebajikan (CSR) yang dilakukan.

“Apabila Memooncak dah sukses, saya keluarkan pula krim sapu pemecah lemak Magika Gel. Syukur...ia juga diterima baik. Pendapatan dari situ saya salurkan untuk CSR,” katanya pada majlis penyerahan hadiah kepada juara pertanding­an Move It Lose It yang juga pengguna Magika Gel, Nor Diana Abdul Karim, barubaru ini.

Sehingga kini, Iesya sudah membantu 23 remaja yang hamil luar nikah, dari sebelum bersalin hingga fasa berpantang jika tiada ahli keluarga terdekat atau tanpa penjaga.

Dia yang mempunyai tiga cahaya mata kembali ke televisyen menerusi program Bijak Urus Wang terbitan RTM tidak lama lagi.

Akhirnya terbit idea untuk saya keluarkan produk penjagaan kecantikan sendiri bermula dengan Memoonchak bagi menampung kegiatan kebajikan (CSR) yang dilakukan IESYA

 ?? ?? MENGHASILK­AN produk terbaharu demi kelangsung­an kerja amal yang dilakukann­ya.
MENGHASILK­AN produk terbaharu demi kelangsung­an kerja amal yang dilakukann­ya.
 ?? ?? IESYA akan terus lantang menyuaraka­n isu masyarakat.
IESYA akan terus lantang menyuaraka­n isu masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia