Harian Metro

SAINGAN POSITIF

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Nama Nabila Razali tentunya tidak lagi asing buat peminat muzik dan drama tanah air memandangk­an namanya kerap kali mengisi carta muzik serta televisyen tempatan.

Lagu-lagu yang disampaika­n juga kerap kali tular, sekali gus menjadi siulan ramai peminat daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

Sebut sahaja judul lagu seperti Pematah Hati, Peluang Kedua dan Putus, tentunya semua akan tahu akan kehadiran lagu-lagu yang mendapat putaran kerap di radio itu.

Semakin menginjak usia kariernya, Nabila tidak menafikan bahawa masa dan waktu bergerak dengan pantas, sekali gus bilangan kehadiran penyanyi baharu juga semakin ramai.

Baginya, kehadiran mereka ini memberi impak kepada kualiti muzik tanah air, sekali gus menaikkan standard muzik tempatan ke satu tahap yang lebih baik.

“Kehadiran artis baharu ini sebenarnya satu perkembang­an yang baik dan begitu positif. Saya sangat bersukacit­a menyambut kehadiran mereka dalam industri.

“Apa yang boleh saya katakan, kemunculan mereka ini secara tak langsung akan meninggalk­an impak positif dan menaikkan standard muzik kita,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan, Nabila yakin setiap yang hadir dan berkarya dalam industri memiliki keistimewa­an tersendiri.

“Lagu-lagu saya sudah melalui satu fasa dan ada karakter serta identiti sendiri. Jika dilihat, pendatang baharu ini juga memiliki keunikan tersendiri, contohnya dari sudut genre muzik yang mereka pertaruhka­n,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembang­an baharunya, Nabila kini dalam proses untuk mengeluark­an single yang diadaptasi­kan daripada novel kisah cintanya, Kerana Cinta Itu Ada.

“Selepas Putus, saya akan keluarkan single Kerana Cinta Itu Ada.

Buat masa sekarang, saya

Apa yang boleh saya katakan, kemunculan mereka ini secara tak langsung akan meninggalk­an impak positif dan menaikkan standard muzik kita NABILA

dan pihak pengurusan mencari hero dan lokasi sesuai untuk diadaptasi­kan pula dalam bentuk drama.

“Wataknya adalah sebagai individu daripada keluarga Tengku, jadi ada beberapa pilihan namun saya masih mencari yang bersesuaia­n. Cukup sekiranya pelakon itu memberi impak menerusi karakter yang dibawakan.

“Kalau dalam fikiran saya, saya melihat sosok pelakon Shukri Yahaya sebagai pelakon yang sesuai dan saya sendiri pun pernah bekerjasam­a dengannya sebelum ini,” katanya.

 ?? FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI ?? NABILA yakin setiap setiap artis memiliki keistimewa­an yang tersendiri.
FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI NABILA yakin setiap setiap artis memiliki keistimewa­an yang tersendiri.
 ?? ?? NABILA tampil dengan Kerana Cinta Itu Ada.
NABILA tampil dengan Kerana Cinta Itu Ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia