Harian Metro

MENGULIT KENANGAN DI PERLIS

Ezad teruja jayakan persembaha­n sempena program Pesta Angin Timur Perlis 2022 @ Hibrid Kedah dan Perlis adalah negeri berjiran dan dah tentu saya juga mempunyai kenangan di Perlis ketika membesar dahulu

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro. com.my

Mengembali­kan kenangan ketika membesar, selain mengecapi suasana nyaman dan mendamaika­n perasaan.

Ini yang dirasai oleh penyanyi Ezad Lazim apabila menerima undangan menjayakan persembaha­n sempena program Pesta Angin Timur Perlis 2022 @ Hibrid (PAT 2022 @ Hibrid) baru-baru.

Penyanyi berasal dari Alor Setar yang bersuara lunak ini berkata, dia teruja apabila ditawarkan terbabit dengan program menarik ini.

“Kedah dan Perlis adalah negeri berjiran dan dah tentu saya juga mempunyai kenangan di Perlis ketika membesar dahulu.

“Fenomena Angin Timur iaitu angin sejuk yang hanya berlaku di dua negeri ini amat mengasyikk­an.

Atas faktor ini, program ini diwujudkan bagi menarik orang luar datang menikmatin­ya.

“Saya terbabit dengan majlis perasmian yang dilakukan secara bersama oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri dan

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada 21 Mei lalu,” katanya.

Ezad yang pernah menjayakan program serupa sekitar 10 tahun lalu menyanyika­n dua lagu iaitu Mengintai Dari Tirai Kamar dan Joget Angan Tak Sudah nyanyian asal Jay Jay.

“Menariknya susunan lagu ini dibuat dalam bentuk tradisiona­l dengan iringan muzik tradisiona­l antaranya gendang dan akordian.

“Seperti pengalaman edisi ke-10 berlangsun­g pada 21 dan 22 Mei lalu dan disiarkan secara maya melalui platform digital Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara iaitu Facebook Page JKKN TV.

Manakala acara perasmian dilaksanak­an secara fizikal bertempat di

Kompleks JKKN Perlis pada 21 Mei lalu.

Ia dimeriahka­n dengan persembaha­n Kumpulan Kesenian JKKN Perlis seperti tarian kesenian Perlis, persembaha­n kesenian Siam, deklamasi sajak berkisarka­n bendang serta persembaha­n nyanyian oleh artis tempatan.

Turut ditampilka­n ialah persembaha­n kesenian autentik negeri Perlis seperti teater Hadrah, Ali Bunyi dan Ghazal Party.

Pelbagai program sisipan juga disusun untuk penonton antaranya beberapa siri dokumentar­i seperti pembuatan pekasam Perlis, permainan cakplong, pembuatan baju kurung Perlis, kerbau besi dan si penjerat burung bendang.

Turut dipaparkan ialah dokumentar­i tokoh dan penggiat seni Perlis. Antaranya ialah Tharumaraj - Permata Seni Perlis, Pak Yaakob - Seniman Serba Boleh, Mencari Tokoh - Pak Romli Si Awang Batil dan Pak Yus Dalam Kenangan.

EZAD

 ?? ?? PERSEMBAHA­N Ezad memukau penonton.
PERSEMBAHA­N Ezad memukau penonton.
 ?? ?? NANCY (dua dari kanan) dan Azlan (tengah) merasmikan program PAT 2022 @ Hibrid.
NANCY (dua dari kanan) dan Azlan (tengah) merasmikan program PAT 2022 @ Hibrid.
 ?? ?? NANCY menyerahka­n hadiah kepada johan Pertanding­an Badang Perlis.
NANCY menyerahka­n hadiah kepada johan Pertanding­an Badang Perlis.
 ?? ?? ACARA sampingan yang diadakan.
ACARA sampingan yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia