Harian Metro

MENABUNG UNTUK HARTANAH

Tabungan penting walaupun tidak letak sasaran tempoh untuk miliki rumah sendiri

-

Katanya, sebelum membeli hartanah itu dia juga sudah membuat tabungan walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh untuk memiliki rumah sendiri.

“Apabila sudah mula bekerja saya sudah membuat simpanan sedikit demi sedikit. Jumlahnya tidak begitu besar, tetapi perlu dipastikan setiap bulan walaupun RM50 adalah simpanan untuk rumah.

“Perkara ini penting kerana sebaik sahaja saya membuat tempahan memiliki rumah ini, wang yang dikeluarka­n memang banyak. Mujur saya sudah mempunyai simpanan sedikit,” katanya.

Ditanya mengenai faktor utama dia membeli rumah jenis apartmen itu adalah didorong lokasinya yang strategik. Terutama mudah untuk mendapatka­n pengangkut­an awam.

“Saya membeli rumah ini di Pantai Dalam. Seperti diketahui umum lokasi ini agak baik untuk pelaburan jangka panjang sama ada untuk dijual atau disewakan.

“Permintaan di kawasan ini sentiasa ada. Jadi, bagi saya lokasi memainkan faktor utama untuk membeli rumah sendiri. Selain itu, persekitar­annya juga sudah matang dengan pelbagai kemudahan lain seperti bangunan komersial dan rangkaian lebuh raya,” katanya.

Tambah Fatin, dia sememangny­a ingin menjadikan rumah itu sebagai pelaburan pada masa depan kerana bercadang untuk membeli hartanah dalam segmen

Bagi saya untuk membeli rumah pertama biar dalam kadar harga yang lebih murah dan tidak mencapai sehingga kadar maksimum komitmen kepada bank FATIN

teres.

“Rumah teres bukan harga yang mampu milik sekarang ini terutama di kawasan tumpuan. Jadi, sementara mendapatka­n modal untuk membeli rumah itu, saya menghuni dahulu apartmen ini.

“Bagi saya untuk membeli rumah pertama biar dalam kadar harga yang lebih murah dan tidak mencapai sehingga kadar maksimum komitmen kepada bank kerana lebihan kuota itu boleh digunakan untuk membeli rumah kedua pada masa depan,” katanya.

Jelasnya, untuk tujuan itu dia juga tidak membuat renovasi yang menelan kos tinggi kerana berasakan rumah untuk pelaburan tidak seharusnya berbelanja besar dari segi hiasan dalaman.

“Hiasan dalaman ini sebenarnya sesuatu yang subjektif. Kita yang mengolahny­a untuk menjadi selesa dan tidak semestinya membeli perabot mahal atau membuat renovasi besarbesar­an.

“Jika bijak menghias menggunaka­n perabot terpakai yang dibaiki semula pun sudah nampak cantik dan selesa,” katanya.

 ?? FOTO | IHSAN FATIN ATHIRAH MOHD ANUAR ?? PEMBELI rumah pertama perlu mempunyai ilmu pengetahua­n.
FOTO | IHSAN FATIN ATHIRAH MOHD ANUAR PEMBELI rumah pertama perlu mempunyai ilmu pengetahua­n.
 ?? ?? MEMULAKAN membeli kediaman yang lebih murah untuk rumah pertama.
MEMULAKAN membeli kediaman yang lebih murah untuk rumah pertama.
 ?? ?? PERABOT tidak semestinya serba baharu ketika mendapat kunci rumah baharu.
PERABOT tidak semestinya serba baharu ketika mendapat kunci rumah baharu.
 ?? ?? SENTIASA membuat simpanan setiap bulan.
SENTIASA membuat simpanan setiap bulan.
 ?? ?? MEMPUNYAI ruang bekerja dari rumah.
MEMPUNYAI ruang bekerja dari rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia