Harian Metro

Manny masih setia, kekal bersama TFC

-

Kuala Terengganu: Penyokong setia Terengganu FC (TFC) lega apabila pemain kesayangan mereka, Manuel Ott masih setia bersama skuad Penyu walaupun cuba ‘dipancing’ pasukan lain menjelang jendela perpindaha­n kedua pemain bermula 28 Mei ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri pemain berdarah kacukan Filipina-Jerman itu yang mengakui begitu sayang untuk meninggalk­an pasukan TFC lebih-lebih lagi dia belum pamer taring sebenarnya lagi musim ini.

Menurut pemain berusia

Kuala Lumpur:

Skuad hoki senior negara mengekalka­n rekod bersih pada saingan peringkat Kumpulan B, Piala Asia selepas membelasah Bangladesh 8-1 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, semalam.

Keputusan itu menyaksika­n Malaysian Tigers muncul juara Kumpulan B selepas turut meraih kemenangan 7-0 ke atas Oman pada perlawanan pertama dan mengatasi Korea Selatan 5-4 dalam perlawanan kedua.

Walaupun sudah mengesahka­n tempat ke kelompok Super 4 yang membabitka­n empat pasukan terbaik dengan format liga sepusingan selepas ini, anak buah Arul Selvaraj nyata tidak memberikan peluang kepada Bangladesh untuk melakar kemenangan buat kali pertama.

Malaysian Tigers dihadiahka­n penalti stroke seawal minit ke-4 yang disudahkan 30 tahun yang lebih mesra dipanggil ‘Manny’, penundaan perlawanan terpaksa dilalui pasukannya juga menyebabka­n dia belum puas berbakti bersama pasukan keduanya dalam pentas Liga Malaysia (Liga M) selepas membantu Melaka United FC (MUFC) musim lalu.

“Saya akui ada menerima tawaran daripada pasukan lain yang berminat untuk mendapatka­n khidmat saya ketika jendela kedua perpindaha­n pemain, namun sejujurnya saya gembira bersama pasukan TFC dengan fokus mencapai sasaran yang kami diinginkan.

“Walaupun sedikit terkilan dengan penundaan perlawanan membabitka­n pasukan kami ketika momentum berada dalam keadaan baik, tapi saya tetap gembira bersama TFC.

“Lagipun saya sentiasa melakukan latihan kecergasan supaya kekal dalam keadaan terbaik sebelum aksi membabitka­n pasukan kami disambung semula bulan depan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kepercayaa­n ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina, Thomas Dooley yang memanggiln­ya memperkuat­kan pasukan negaranya bagi mengharung­i aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini, pemain tengah itu tekad membalas kepercayaa­n diberikan selain mahu membuktika­n pemilihan bekas pengendali Sri Pahang FC itu membarisi skuad The Azkals adalah tepat.

“Saya pernah bersama Dooley sebelum ini ketika aksi Piala Asia, jadi saya tidak berdepan masalah untuk mengikuti falsafah bola sepaknya serta corak permainan jurulatih itu, begitu juga dengan rakan sepasukan kerana sudah mengenalin­ya,” katanya.

 ?? ?? AKSI pemain negara menentang Bangladesh di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, semalam.
AKSI pemain negara menentang Bangladesh di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia