Harian Metro

‘Nak uji senjata baharu’

Pan-gon bentuk formasi khas untuk Harimau Malaya berdepan Brunei malam ini

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak sabar dan cukup teruja menanti aksi persahabat­an antarabang­sa Tier 1 menentang Brunei yang dijadual berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jelas Pan-gon, keterujaan itu bukanlah disebabkan mahu melihat kemenangan semata-mata, sebaliknya beliau tidak sabar untuk melihat keberkesan­an ‘senjata baharu’ yang dibentuk minggu lalu, sebaik kem latihan bermula Khamis lalu.

Katanya, pelbagai input dan maklumat dicurahkan terutama berkaitan formasi baharu yang diterapkan kepada anak buahnya.

“Kita berikan maklumat baharu kepada mereka (pemain), di mana pemain melakukann­ya dengan baik dan mungkin esok (hari ini) kita cuba aplikasika­n ‘senjata baharu’ itu.

“Mungkin tak sempurna, tetapi ia boleh diperingka­tkan dari semasa ke semasa, supaya pasukan kita dapat melakukann­ya dalam aksi sebenar (Kelayakan Piala Asia 2023) mengikut kemampuan lawan,” katanya pada sidang praperlawa­nan di

Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), di sini, semalam.

Skuad negara yang kini dalam tempoh persiapan menjelang aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bakal diuji dalam dua aksi persahabat­an bagi mengasah taring skuad Harimau Malaya sebelum menentang Turkmenist­an, Bahrain dan Bangladesh dalam kelayakan itu bulan depan.

Brunei adalah lawan pertama sebelum turun sekali lagi pada Rabu depan dengan Hong Kong bakal menguji skuad kendalian Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Begitupun di kala jurulatih dari Korea Selatan itu cuba menyumbat pelbagai informasi baharu dalam lapan sesi latihan dilalui sejak Khamis lalu, Pan-gon akui pemain mengalami keletihan susulan terlalu banyak input diberikan.

Bagaimanap­un pemain tidak mengeluh sebaliknya masing-masing tetap bersemanga­t dan Pan-gon nyata memuji sikap anak didiknya itu.

“Semalam (kelmarin) hari keenam yang kita lalui iaitu lapan sesi di mana kita buat asas formasi, pengulanga­n formasi dan juga perubahan formasi alternatif. Saya lihat pemain sedikit kepenatan bukan disebabkan fizikal, cuma mungkin mental saja.

“Namun bagi saya, pemain berikan yang terbaik dan melakukan kerja dengan baik untuk memahami apa yang ingin saya lihat. Mereka berjaya melakukann­ya, jadi buat ketika ini saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain kita. Saya teruja esok (hari ini) untuk lihat hasilnya,” katanya.

“Saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain kita Pan-gon

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia