Harian Metro

Luqman terima segala kritikan demi kebaikan

-

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bertekad memperbaik­i teknik penyudah bagi membantu skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan di kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun ini.

Pemain berusia 20 tahun itu berkata, beliau tidak mudah mengaku kalah dan terus menampilka­n aksi terbaik pada kejohanan berkenaan serta sedia menerima segala kritikan atau tohmahan peminat bola sepak negara terhadap aksinya sebelum ini.

“Saya cuba memperbaik­i dari segi teknikal penyudah yang masih perlu diperkemas lagi kerana saya yakin setiap orang ada kelemahan tersendiri.

“Masih banyak perlu dipelajari bagi menjadi seorang pemain berkualiti. Saya terima segala kritikan peminat bola tempatan untuk terus memperbaik­i diri,” katanya ketika ditemui di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini semalam.

Pada 23 Mei lalu, Luqman Hakim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan pada temasya Sukan Sea ke-31, menjadi dua pemain yang gagal menjaringk­an penalti, menyaksika­n pasukan negara tewas 3-4 sekali gus pulang tanpa pingat.

Luqman Hakim yang berpangkal­an di Belgium bersama kelab KV Kortrijk berkata, beliau yakin semua pemain dapat menyesuaik­an diri walaupun menghadapi cuaca lebih sejuk kerana pernah beraksi di kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, tahun lalu.

Sementara itu, kapten skuad B-23 kebangsaan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yakin rakan sepasukan melakukan yang terbaik dan mengharapk­an sokongan berterusan daripada peminat bola sepak tempatan.

“Setakat in, pemain dalam keadaan baik kerana jurulatih bagi cuti sehari untuk meluangkan masa dengan keluarga. Itu antara pembakar semangat kami untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. -Bernama

 ?? ?? LUQMAN Hakim bertekad memperbaik­i mutu permainann­ya.
LUQMAN Hakim bertekad memperbaik­i mutu permainann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia