Harian Metro

Adam sasar naiki podium

-

Kuala Lumpur: Pelumba ONEXOX BMW TKKR Team, Adam Norrodin mahu memastikan dapat menaiki podium pada dua perlumbaan di Pusingan 2, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang bakal bermula di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), hari ini.

Bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dan Kejuaraan Eropah (CEV) itu percaya pengalaman berlumba di Sepang dapat membantuny­a untuk memenuhi impian mendominas­i kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000).

“Seperti pelumba Malaysia yang lain, saya sudah arif dengan selok belok Litar Sepang. Harap dengan segala pengalaman yang saya ada, ia dapat membantu untuk cuba menaiki podium.

“Ia sememangny­a bukan perkara mudah kerana barisan pelumba lain juga pasti mahu menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tetapi saya percaya pasukan dan saya sendiri sudah bersedia sepenuhnya untuk Pusingan 2,” katanya. Kesungguha­n Adam itu juga didorong oleh keputusan kurang memberangs­angkan pada Pusingan 1 di Litar Antarabang­sa Chang, Thailand, Mac lalu yang menyaksika­nnya menamatkan kedua-dua perlumbaan ketika itu di kedudukan ketujuh.

“Beberapa masalah berlaku ketika itu, iaitu banyak kru pasukan yang didapati positif Covid-19. Jadi kami kekurangan kru dan saya hanya dapat menggunaka­n kru sedia ada untuk mempersiap­kan jentera.

“Kali ini, saya akan memperoleh kru yang lengkap dan harap mereka dapat membantu saya untuk menaiki podium,” katanya.

Selepas berakhir Pusingan 1, Adam kini menduduki tempat keenam keseluruha­n kedudukan pelumba dengan meraih 18 mata manakala rakan sepasukann­ya yang juga juara bertahan ASB1000, Azlan Shah Kamaruzama­n di kedudukan ke-10 dengan mengumpul 10 mata.

Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi dari pasukan Honda Asia-Dream Racing with Showa memimpin kedudukan pelumba dengan mengumpul 45 mata selepas memenangi Perlumbaan 1 dan podium kedua pada Perlumbaan 2 di

Thailand.

 ?? ?? ADAM Norrodin
ADAM Norrodin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia