Harian Metro

MS mahu acara terjun terus didominasi penerjun negara

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Renang Malaysia (MS) mahu memastikan acara terjun terus didominasi oleh penerjun negara pada temasya Sukan Sea seperti yang dibuktikan ketika di Hanoi.

Justeru Setiausaha Agung MS, Mae Chan berkata, keputusan membariska­n beberapa muka baharu di Sukan Sea Hanoi adalah tepat bagi membolehka­n mereka merasai pengalaman pertama beraksi di temasya dwitahunan itu.

“Seperti yang kita ketahui, terjun memenuhi sasaran apabila memenangi kesemua lapan pingat emas yang dipertandi­ngkan. Tetapi apa yang saya ingin tekankan inilah kali pertama tumpuan diberikan kepada beberapa penerjun muda.

“Dengan keputusan cemerlang itu, saya berasakan kami berada di landasan tepat untuk memastikan atlet terjun negara terus menyerlah di temasya sukan terutama Sukan Sea,” katanya.

Jelas Mae Chan, keputusan berani membariska­n penerjun muda di Sukan Sea perlu dilakukan kerana barisan penerjun senior boleh memberikan tumpuan kepada kejohanan lebih besar selepas ini.

“Namun saya tak nafikan banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh barisan penerjun muda negara terutama apabila menyertai kejohanan selepas ini,” katanya.

Meskipun lapan emas yang dimenangi skuad terjun negara rata-ratanya disumbangk­an oleh penerjun senior, prestasi penerjun muda terutama yang membuat penampilan kali pertama di Sukan Sea nyata tidak mengecewak­an.

Antara mereka adalah Ong Ker Yin yang meraih pingat emas dalam acara 3 meter seirama wanita berganding­an bersama penerjun berpengala­man dan juga Olimpian, Ng Yan Yee.

Bertrand Rhodict yang turut membuat penampilan pertama di Sukan Sea pula menyumbang pingat gangsa dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki.

 ?? ?? AKSI Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh.
AKSI Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia