Harian Metro

Peter Anthony bersalah palsukan surat

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen semalam, mendapati bekas Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, Datuk Peter Anthony bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelengg­araan dan perkhidmat­an Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Azura berkata, selepas mendengar dan meneliti secara maksimum hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap Peter.

Mengikut pertuduhan, Peter, 51, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat untuk menipu.

Dia dituduh melakukan kesalahan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.

Azura berkata, keterangan yang dikemukaka­n sepanjang perbicaraa­n menyatakan bahawa syarikat Peter iaitu Syarikat Asli Jati Sdn Bhd menjalanka­n kerja-kerja penyelengg­araan fasa pertama di UMS dan perkara berkenaan tidak dinafikan pihak pembelaan.

“Terdapat keterangan mencukupi tertuduh menipu saksi pendakwaan ketiga, kelapan dan kesembilan dengan mengaburi pemikiran mereka mengenai smart partnershi­p antara anak syarikat milik penuh UMS, Ulink Property Sdn Bhd serta syarikat milik Peter, Asli Jati,” kata hakim.

Tiga saksi berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) UMS, Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S Omang, bekas pengerusi Ulink Property Sdn Bhd, Datuk Abdullah Mohd Said dan rakan Peter, Mohd Shukur Mohd Din.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram manakala peguam S Devananser­ta Datuk D Senthinath­an mewakili Peter.

 ?? ?? PETER Anthony (tengah) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
PETER Anthony (tengah) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia