Harian Metro

Pengasuh nafi cakar pipi, pukul mangsa

-

Melaka: Seorang pengasuh taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa minggu lalu.

Tertuduh, Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau di sini, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Bagaimanap­un tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicaraka­n.

Berdasarka­n pertuduhan itu, dia sebagai guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di sebuah taska di Telok Emas pada jam 5.30 petang hingga jam 5.45 petang, 18 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashanga­ri yang menjalanka­n pendakwaan mencadangk­an jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa. Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanap­un membantah jumlah jaminan ditawarkan.

“Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin merupakan ibu tertuduh sendiri,” katanya.

Selepas mendengar permohan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraa­n selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatka­n laporan perubatan mangsa dan serahan dokumen.

‘ Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin merupakan ibu tertuduh sendiri”

Ab Kadir

 ?? ?? NABILAH didakwa menganiaya bayi perempuan berusia 11 bulan.
NABILAH didakwa menganiaya bayi perempuan berusia 11 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia