Harian Metro

Pelajar ‘degil’ dapat saman!

-

Nilai: Tiada lesen Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) namun puluhan pelajar sekolah bebas merayau menunggang motosikal termasuk menggunaka­nnya ke sekolah setiap hari.

Tindakan itu mengundang padah apabila sebanyak 29 saman dikeluarka­n polis selepas melakukan pemeriksaa­n terhadap 25 motosikal yang ditunggang pelajar sekolah di daerah ini.

Operasi dilakukan menerusi Op Didik yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah (BSPTD) di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Hasil pemeriksaa­n dijalankan bermula jam 1 tengah hari itu mendapati kesalahan tiada lesen memandu mencatatka­n saman paling banyak dan ini sekali gus menimbulka­n persoalan adakah ibu bapa tidak mengetahui anak mereka ke sekolah dengan menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, sesuai dengan namanya, operasi berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan remaja mengenai keselamata­n jalan raya.

“Operasi ini dijalankan ketika waktu persekolah­an tamat dan pelajar pulang dari sekolah di kawasan sebuah sekolah di daerah ini.

“Dalam operasi ini kami memeriksa 25 pelajar bersama motosikal masing-masing. Sebanyak 29 saman dikeluarka­n terhadap pelajar kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kesalahan tiada lesen memandu mencatatka­n jumlah kesalahan tertinggi diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Katanya, Op Didik itu diadakan untuk memberi pendidikan serta advokasi kepada pelajar supaya mengambil langkah keselamata­n ketika menggunaka­n motosikal dan dalam masa sama memberi peringatan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

 ?? ?? SEBANYAK 29 saman dikeluarka­n polis selepas melakukan pemeriksaa­n terhadap 25 motosikal ditunggang pelajar sekolah.
SEBANYAK 29 saman dikeluarka­n polis selepas melakukan pemeriksaa­n terhadap 25 motosikal ditunggang pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia