Harian Metro

VIRUS PARVO SERANG SI BULUS

Penyakit pasca raya berisiko bawa maut kepada kucing

- Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my

Tidak hanya penyakit berkaitan manusia seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan cacar monyet, malah kucing peliharaan turut diserang virus Parvo membimbang­kan selepas perayaan Aidilfitri lalu.

Doktor Veterinar, Dr Azliza Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak laporan berkaitan virus Parvo yang menjangkit­i kucing selepas musim perayaan yang berisiko membawa maut terhadap haiwan peliharaan itu.

Beliau berkata, penyakit pasca raya itu berlaku selepas terdapat pemilik kucing yang mengurung haiwan itu dalam jangka masa lama untuk pulang ke kampung.

“Seperti semua sedia maklum, raya tahun ini agak terkejut. Jadi kebanyakan pemilik kucing tidak membuat persiapan rapi terhadap anak bulus tersayang. Ada yang membawa pulang kucing ke kampung dalam keadaan terburu-buru. Dengan situasi jalan sesak dan berada lama dan kenderaan menyebabka­n kucing menjadi tertekan,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor lain jangkitan virus berkenaan adalah terdapat pemilik yang melepaskan kucing ketika berada di kampung dan mendapat jangkitan daripada kucing yang tidak divaksin.

“Ada juga beberapa kes pemilik mengadakan rumah terbuka menyebabka­n kucing merayau keluar kerana takut dengan kehadiran ramai orang. Ada juga kucing yang dipegang tetamu berbeza,” katanya.

Dr Azliza berkata, dua kucing milik pelanggan klinik haiwannya mati selepas perayaan lalu akibat dijangkiti virus Parvo dan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat ujian virus itu selain mengambil sampel najis haiwan itu bagi mengelak kucing lain dijangkiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia