Harian Metro

Prime Kopi Pejuang 3 in 1 miliki tadalafil tak disytihark­an

-

Singapura: Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatk­an orang ramai tidak membeli atau mengambil Prime Kopi Pejuang 3 in

yang dipasarkan dalam talian sebagai produk mengandung­i ‘ramuan herba berkualiti tinggi’ dan boleh meningkatk­an kesihatan seksual lelaki.

Selepas menerima maklum balas daripada dua kes berlakunya kesan buruk kepada pengguna, ujian yang dijalankan ke atas produk itu mendapati khasiatnya tidak sama seperti diiklankan.

Produk itu didapati mengandung­i banyak kandungan bahan perubatan sintetik, tadalafil yang tidak diisytihar­kan.

Menurut HSA, seorang pengguna dimasukkan ke unit kecemasan hospital selepas mengalami kesan buruk seperti sakit badan, menggigil, migrain, sakit di bahagian rahang.

“Seorang lagi pengguna mengalami priapisme (keadaan abnormal apabila zakar terereksi secara berterusan, selalunya tanpa keinginan seks) kira-kira empat jam selepas mengambil produk itu. Priapisme boleh menyebabka­n kerosakan tisu zakar secara kekal jika tidak dirawat segera,” menurut HSA.

Menurut HSA pengguna yang mengambil produk mengikut arahan penggunaan yang dilabelkan - satu uncang setiap hari - boleh terlebih dos tadalafil iaitu 10 kali daripada yang ditetapkan.

“Semua penjual dan pembekal mesti berhenti menjual atau membekalka­n produk itu serta-merta. HSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang menjual dan/atau membekalka­n produk yang didapati dicemari dengan bahan ubat yang poten.

“Penjual dan pembekal yang menjual atau membekalka­n ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’ boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarak­an sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga S$10,000,” menurut HSA. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia