Harian Metro

LABA HIJRAH KE SYDNEY

Malaysian Groceries sedia keperluan barang halal untuk pengguna Muslim di Australia

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Bermula berhijrah untuk mencari rezeki di negara orang, sembilan keluarga rakyat Malaysia di Sydney, Australia bukan sahaja membantu rakyat Malaysia di negara itu, malah komuniti Islam di sana.

Dengan menjalanka­n perniagaan kedai runcit yang dinamakan Malaysian Groceries di Punchbowl, Sydney sejak Ogos 2020, mereka mengetenga­hkan pelbagai produk makanan halal dari Malaysia.

Pada masa sama, mereka turut menjual pelbagai jenis makanan yang disediakan rakyat Malaysia termasuk nasi lemak, laksa, rempah ratus, kuih tepung pelita dan sebagainya.

Perniagaan dijalankan bukan bermotif keuntungan semata-mata kerana masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Sebaliknya, matlamat utama untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Malaysia dan komuniti muslim di Sydney mendapatka­n bekalan makanan halal.

Seorang rakan kongsi Malaysian Groceries, Muhammad Akashah Ariffin, 27, berkata, idea memulakan perniagaan kedai runcit itu sudah lama dirancang, namun ia hanya dapat dilaksanak­an selepas modal mencukupi.

“Objektif utama, perniagaan ini untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Malaysia dan Muslim mendapatka­n bekalan makanan halal yang sukar diperoleh di sini.

“Sambutan diterima amat menggalakk­an terutama dalam kalangan rakyat Malaysia dan Muslim yang tinggal di Sydney. Malah, ada pelanggan sanggup memandu dari Canberra untuk mendapatka­n pelbagai barang keperluan di sini,” katanya.

Menurutnya, sejak beroperasi, kedai terbabit menjadi antara lokasi tumpuan rakyat Malaysia.

“Boleh dikatakan, apabila mereka teringin merasa makanan Malaysia, di sini antara tempat dituju.

“Kami juga dapat membantu masyarakat Malaysia di sini menjana pendapatan dengan menyediaka­n pelbagai jenis makanan tradisi,” katanya.

Ditanya perancanga­n masa hadapan, pihaknya berhasrat menambah lebih banyak produk halal dari Malaysia.

Sempena sambutan Aidilfitri, Malaysian Groceries turut menganjurk­an rumah terbuka yang diadakan serentak dengan majlis perkahwina­n dan akikah baru-baru ini.

Katanya, program tahunan ini bertujuan mengumpulk­an rakyat Malaysia di Sydney dan meraikan pelanggan Malaysian Groceries.

“Sempena program ini, kami bergotong-royong membuat persiapan dan menyediaka­n pelbagai hidangan Malaysia termasuk nasi minyak, laksa, bihun sup dan sebagainya.

“Alhamdulil­lah sambutan amat menggalakk­an apabila 2,000 jemputan hadir memeriahka­n program rumah terbuka ini,” katanya.

“Ada pelanggan sanggup memandu dari Canberra untuk dapatkan barang di sini

Muhammad Akashah

 ?? ?? KEDAI Malaysian Groceries yang beroperasi di Sydney, Australia sejak dua tahun lalu.
KEDAI Malaysian Groceries yang beroperasi di Sydney, Australia sejak dua tahun lalu.
 ?? ?? MAJLIS Rumah Terbuka Aidilfitri yang mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelanggan.
MAJLIS Rumah Terbuka Aidilfitri yang mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelanggan.
 ?? ?? MUHAMMAD Akashah menjual pelbagai produk dari Malaysia.
MUHAMMAD Akashah menjual pelbagai produk dari Malaysia.
 ?? ?? RAKAN kongsi Malaysian Groceries.
RAKAN kongsi Malaysian Groceries.
 ?? ?? ANTARA rakan taulan yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Malaysian Groceries.
ANTARA rakan taulan yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Malaysian Groceries.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia