Harian Metro

RAMPAS LIMA VESEL RM2.5J

Bot pukat tunda langgar Akta Perikanan 1985 bawa hasil tangkapan laut 900 kilogram

-

perasi bersepadu Jabatan Perikanan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lima hari di perairan utara Semenanjun­g Malaysia menyaksika­n lima vesel bersama tangkapan bernilai RM2.5 juta berjaya dirampas.

Operasi disertai 68 anggota membabitka­n penguat kuasa Jabatan Perikanan dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM bermula di perairan Perak pada Isnin lalu dan berakhir di Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, dalam operasi itu sebanyak lima vesel penangkapa­n ikan tempatan ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985.

“Keseluruha­n hasil rampasan sepanjang operasi ini dianggarka­n RM2.5 juta terdiri daripada lima vesel pukat tunda dan hasil tangkapan 900 kilogram.

“Jabatan Perikanan melakukan 10 pemeriksaa­n di laut, manakala PGU PDRM melaksanak­an lima kali pengawasan udara,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan operasi itu di Pangkalan Perlindung­an Sumber Langkawi di Bukit Malut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Komander PGU (Operasi)Senior Asisten Komisioner Datuk Noor Sham Md Jani; Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris dan Pengarah Bahagian Sumber Jabatan Perikanan Bakri Miswan.

Sementara itu, Wan Muhammad

Aznan berkata, jumlah pendaratan ikan di negara ini stabil apabila mencatat 430,103 tan metrik dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 148,238.11 tan metrik mewakili tangkapan di Zon A; 109,219.04 tan metrik (Zon B) dan 121,165.64 tan metrik (Zon C).

“Seterusnya, 50,355.35 tan metrik (Zon C2) dan 1,124.36 tan metrik di Zon C3 iaitu tangkapan tuna Lautan Hindi,”

katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n nelayan berdaftar adalah 119,828 orang, iaitu 70,697 nelayan di Zon A, 18,656 (Zon B); 19,280 (Zon C); 10,9825 (Zon C2) dan 213 (Zon C3).

 ?? ?? PENGUAT kuasa Jabatan Perikanan menahan dan memeriksa sebuah vesel pukat tunda dalam Operasi Bersepadu di perairan utara Semenanjun­g.
PENGUAT kuasa Jabatan Perikanan menahan dan memeriksa sebuah vesel pukat tunda dalam Operasi Bersepadu di perairan utara Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia