Harian Metro

‘MANGKIN SEMANGAT KERJA’

Seramai 94 pegawai MAIWP menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

“Saya bersyukur dan anugerah diterima ini dapat memangkin semangat untuk bekerja lebih tekun dan efektif dalam memacu kecemerlan­gan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP),” kata Timbalan Pengurus

Bahagian Pembanguna­n dan Pengurusan Hartanah MAIWP, Noreza Jusoh.

Beliau antara 94 pegawai MAIWP menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021 yang disampaika­n oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, semalam.

Noreza berkata, terima kasih kepada pengurusan MAIWP kerana memilih beliau menerima anugerah ini dan bersyukur dengan pencapaian ini sebagai pegawai perkhidmat­an awam.

“Selepas dua tahun majlis seperti ini tidak dapat dilaksanak­an dan tahun ini ia dapat diadakan dengan baik.

“Anugerah ini bukan sahaja memberi semangat kepada saya malah turut memberi motivasi kepada kakitangan lain di MAIWP untuk terus berkhidmat dalam memacu kecemerlan­gan dari sudut membantu golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis APC MAIWP bagi Tahun 2021, di sini, semalam.

Beliau berkata, MAIWP akan secara berterusan terus membantu dan menyalurka­n bantuan kepada mereka yang layak menerimany­a.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah APC, Ketua Unit Perolehan Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIWP, Abdul Wahab Othman berkata, beliau berterima kasih dan syukur dengan pemberian anugerah ini.

“Saya akan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam memandangk­an dua tahun lepas agak mencabar kerana berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Saya terpaksa hadir ke pejabat ketika kakitangan lain bekerja di rumah kerana membabitka­n dokumen fizikal penerima zakat supaya bantuan ini dapat disalurkan,” katanya.

 ?? ?? IDRIS (tengah) dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (dua dari kiri) bergambar beramai-ramai dengan penerima anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 MAIWP di Balai Felda, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar NSTP/ FARIZ ISWADI ISMAIL
IDRIS (tengah) dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (dua dari kiri) bergambar beramai-ramai dengan penerima anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 MAIWP di Balai Felda, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar NSTP/ FARIZ ISWADI ISMAIL
 ?? ?? NOREZA
NOREZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia