Harian Metro

MAIWP beri modal, latih 2,000 asnaf berniaga

-

‘ Kita berharap apabila mereka menyertai projek ini suatu hari nanti dapat keluar dari golongan asnaf seterusnya dapat menjadi pembayar zakat pula”

Kuala Lumpur: Seramai 2,000 golongan asnaf dipilih sebagai pilot projek oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) bagi meningkat taraf kehidupan mereka dengan dilatih dan diberi modal untuk menjalanka­n perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, mereka yang terpilih ini diberi modal berniaga sebanyak RM20,000 dan akan dilatih dengan kerjasama daripada Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Menurutnya, pada peringkat permulaan mereka perlu membayar modal diberikan dan jika pembayaran dilakukan elok serta perniagaan berjaya modal diberikan itu akan diberi percuma.

“Kita berharap apabila mereka menyertai projek ini suatu hari nanti dapat keluar dari golongan asnaf seterusnya dapat menjadi pembayar zakat pula.

“Selain itu, program lain yang diadakan oleh MAIWP akan berterusan dan tidak terhenti ketika Ramadan sahaja malah pejabat MAIWP sentiasa didatangi mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) MAIWP bagi Tahun 2021, semalam.

Idris berkata, setakat ini, seramai 28,000 golongan asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya

dan Labuan mendapat bantuan bulanan dan pihaknya sentiasa membantu dalam meningkatk­an taraf hidup mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata, seramai 94 pegawai menerima APC yang turut menerima wang RM1,000 berserta sijil.

“Dalam pada itu, seramai 268 orang pula menerima Sijil Penghargaa­n Perkhidmat­an dengan menerima wang tunai RM500 dan sijil.

“Anugerah ini dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus bekerja dengan cemerlang dan memberi motivasi kepada rakan lain untuk turut menerima anugerah terbabit nanti,” katanya.

Katanya, diharapkan agensi MAIWP sentiasa menonjol kepada masyarakat dan ke hadapan dalam membantu golongan asnaf di wilayah persekutua­n.

“Harapan kita supaya pegawai MAIWP akan terus meningkatk­an integriti dan kredibilit­i,” katanya.

Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia