Harian Metro

Dialog kotaraya

Undang-undang senjata api di Texas dikatakan untuk mengawal pembawaan senjata api berbanding dengan usaha mengehadka­n pemilikan senjata api

- Oleh juragan

Tiada berita yang lebih mengejutka­n pada minggu ini apabila penembak remaja lelaki berusia 18 tahun menceroboh masuk sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat (AS). Suspek, Salvado R Ramos melepaskan tembakan dan menyebabka­n 19 murid dan dua guru terkorban.

Dalam insiden di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas itu, remaja terbabit mati ditembak oleh pasukan keselamata­n yang bergegas ke lokasi.

Kejadian itu dikatakan antara insiden tembakan besar-besaran paling dahsyat di sekolah di negara itu.

AFP yang memetik laporan kumpulan kawalan senjata api, Everytown for Gun Safety, berkata, insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas seorang remaja lain, juga berusia 18 tahun membunuh 10 individu berketurun­an Afrika-Amerika di sebuah pasar raya di New York.

Dalam kejadian terbaharu ini, antara individu yang paling awal memberikan kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan adalah Gabenor Texas, Greg Abbott. Ini berdasarka­n liputan laporan agensi berita antarabang­sa seperti AFP dan Reuters.

Menurut Abbott, suspek adalah penduduk tempatan dan warganegar­a AS. Beliau juga menyifatka­n insiden itu sebagai mengerikan dan tidak masuk akal.

Ironinya, insiden itu berlaku di negeri yang dianggap mempunyai undang-undang paling longgar berhubung kawalan senjata api. Abbot pula adalah individu yang memperjuan­gkan apa yang disifatkan­nya sebagai undang-udang ‘paling ketat’ berhubung pembawaan senjata api di AS.

Tindakan Abbot itu meskipun insiden terbaharu di Uvalde itu bukanlah kejadian pertama membabitka­n serangan penembak di Texas. Ada dua insiden besar, antara 2018 dan 2020. Ia adalah insiden tembakan besar-besaran di sekolah tinggi Santa Fe dan serangan penembak di pasar raya di El Paso.

Mengambil kira dua insiden berkenaan, Abbot bertindak sebaliknya apabila memperluas hak penggunaan senjata api berbanding mengetatka­n peraturan kawalan senjata api.

Abbot juga yang menandatan­gani undang-undang membenarka­n penduduk Texas untuk membawa senjata api tanpa permit. Ini membolehka­n penduduk negeri itu membawa senjata api di tempat awam walaupun tanpa memiliki lesen atau mengikuti latihan, sejak 1 September 2021.

Berdasarka­n carian penulis di laman web media AS pula, amat mudah untuk memiliki senjata api di Texas. Undang-undang negeri itu menyatakan individu berusia 21 tahun yang boleh memiliki pistol secara sah, tidak perlu memiliki lesen untuk membawanya ke luar kediaman atau kenderaan.

Sebelum undang-undang ini diwartakan, penduduk Texas disyaratka­n untuk lulus pemeriksaa­n latar belakang, kursus keselamata­n dan

 ?? ??
 ?? ?? KEKERAPAN insiden keganasan membabitka­n penyalahgu­naan senjata api secara terbuka di AS harus buka mata pihak berkuasa berhubung peraturan pemilikan senjata berkenaan.
KEKERAPAN insiden keganasan membabitka­n penyalahgu­naan senjata api secara terbuka di AS harus buka mata pihak berkuasa berhubung peraturan pemilikan senjata berkenaan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia