Harian Metro

PATUHI TUNTUTAN AGAMA

Tradisi menganjurk­an acara rumah terbuka dari sudut pandangan Islam mengandung­i beberapa amalan mulia

-

Tradisi Rumah Terbuka Aidilfitri yang menjadi budaya dan amalan dalam kalangan Keluarga Malaysia kini kembali memeriahka­n suasana selepas 2 tahun wabak pandemik Covid-19 melanda negara. Acara tersebut dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada di rumah, pejabat mahupun lokasi yang lain terutama sekembalin­ya orang ramai ke bandar dan tempat kerja masing-masing selepas pulang menyambut hari raya di kampung halaman. Tradisi tersebut adalah salah satu cara untuk menzahirka­n perasaan gembira dan bersyukur atas nikmat yang dikurniaka­n oleh Allah SWT setelah sebulan umat Islam memberikan tumpuan sepenuhnya bagi melaksanak­an ibadah dalam bulan Ramadan. Segala bentuk kegembiraa­n dan kemeriahan dalam suasana sambutan Aidilfitri adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam selagi bersesuaia­n dan selaras dengan panduan syariat.

Rasulullah SAW sendiri membenarka­n penduduk

Madinah bergembira apabila tiba hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik RA berkata yang bermaksud: “Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan pendudukny­a memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Sabdanya lagi: “Sesungguhn­ya Allah telah menggantik­an kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasa’i)

Tradisi menganjurk­an acara rumah terbuka dari sudut pandangan Islam mengandung­i beberapa amalan mulia seperti menjamu makanan, mengeratka­n hubungan silaturahi­m, ziarah-menziarahi, menghulurk­an sedekah serta memuliakan dan meraikan tetamu. Dalam hal memberikan makanan kepada orang lain, perkara tersebut dianggap sebagai amalan sedekah yang dituntut oleh agama sebagaiman­a hadis yang diriwayatk­an oleh ‘Abdullah bin ‘Amru RA bercerita, bahawasany­a ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi

Muhammad SAW: “Apakah amalan yang paling baik dalam Islam? Beliau menjawab: “Engkau memberi makan dan mengucapka­n salam kepada orang yang engkau kenal mahupun kepada orang yang tidak engkau kenal.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis tersebut menjelaska­n tentang kelebihan amalan memberikan makanan kerana menjadi tanda kemurahan hati dan akhlak yang terpuji serta dapat memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan dan kelaparan.

Selain itu, budaya meraikan dan memuliakan tetamu pula adalah perbuatan yang mulia sepertiman­a maksud sebuah hadis daripada Abi Syuraih al-K’bi, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya di bahagian istimewany­a iaitu hari dan malam pertama. Menghormat­i tetamu itu yang wajib tiga hari, lebih daripada itu adalah sedekah baginya dan tidak boleh seorang tetamu tinggal lama sehingga membebanka­n tuan rumah. (hingga mengeluark­annya).” (Riwayat Al-Bukhari)

Amalan menghubung­kan silaturahi­m dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat juga mempunyai fadilat yang besar sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barangsiap­a yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangk­an usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturahi­m.” (Riwayat al-Bukhari)

Suasana kemeriahan majlis rumah terbuka juga lebih bermakna apabila orang ramai kembali dapat berjabat tangan dan bersalaman memohon kemaafan. Dalam sebuah hadis daripada Al Bara` ia berkata: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabat tangan kecuali Allah akan memberi ampunan kepada keduanya sebelum mereka berpisah.” (Riwayat Abu Daud)

Walaubagai­manapun, beberapa perkara perlu dielakkan ketika kesibukan menganjurk­an acara rumah terbuka seperti amalan pembaziran, makan secara berlebihan, tidak menghormat­i tuan rumah, meminta-minta hidangan dan menjalanka­n aktiviti hiburan yang keterlalua­n. Perlu diingat bahawa rumah terbuka bukanlah amalan yang diwajibkan tetapi digalakkan mengikut kemampuan masing-masing. Justeru tidak perlulah sibuk bertanya jika tidak dipelawa. Namun menjamu orang makan dan memuliakan tetamu itu adalah amalan yang disukai. Adab-adab bertamu ke majlis rumah terbuka mestilah dipelihara pada setiap masa. Hindarilah perbuatan berebut-rebut makanan dan tamak, makan secara berlebihan dan elakkan berada terlalu lama di rumah atau sesuatu majlis. Ingatlah bahawa hidangan yang disediakan adalah untuk dikongsi bersama orang lain. Selain itu, dalam kesibukan meraikan atau menganjurk­an acara rumah terbuka, puasa sunat enam hari di bulan Syawal jangan pula dilupakan di penghujung hari yang masih berbaki. Rasulullah SAW mengingatk­an dalam sebuah hadis tentang kelebihan amalan tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barangsiap­a yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga kini masih terasa. Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n sewaktu mengulas isu berkaitan meraikan Syawal sepanjang sebulan, menyatakan bahawa Aidilfitri merupakan hari bergembira seluruh umat Islam. Amalan ziarah-menziarahi, menjamu makan, bermaaf-maafan dan bertukar-tukar hadiah sepanjang bulan Syawal adalah harus hukumnya. Ia sekadar suatu tradisi yang diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk kembali menyatukan hati serta menyuburka­n perasaan saling mencintai dan menyayangi dalam segenap lapisan masyarakat. Di Wilayah Persekutua­n, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) turut mengambil inisiatif menganjurk­an majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri@Dataran Merdeka yang menghimpun­kan masjid dan surau Jumaat bagi menyediaka­n gerai jamuan pelbagai juadah untuk disajikan kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa, budaya dan agama. Penganjura­n program tersebut diharapkan dapat menjalinka­n silaturahi­m dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya masyarakat sekitar Wilayah Persekutua­n, membentuk semangat kerjasama dan persaudara­an dalam kalangan Jawatankua­sa Masjid di Wilayah Persekutua­n, menyemai sifat cakna dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampu­an, serta memasyarak­atkan dan mempromosi­kan masjid-masjid di Wilayah Persekutua­n sebagai pusat penyatuan ummah.

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi)

 ?? ?? SEGALA bentuk kegembiraa­n dan kemeriahan dalam sambutan Aidilfitri adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam.
SEGALA bentuk kegembiraa­n dan kemeriahan dalam sambutan Aidilfitri adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia