Harian Metro

Lapan penduduk cedera diserang monyet ketika tidur

-

Sibu: Penduduk Kampung Tian di Matu, kira-kira 115 km ke barat dari sini berada dalam ketakutan sejak dua minggu lalu setelah lapan daripada mereka mendakwa diserang dan digigit monyet ketika sedang tidur di rumah mereka.

Penghulu kampung itu, Saleh Napi berkata, maklumat yang diperoleh daripada penduduk yang menjadi mangsa serangan menunjukka­n kumpulan primat itu memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap rumah yang tidak ditutup rapat.

“Tidak diketahui apa punca monyet ini bertindak agresif dan menyerang penduduk kampung terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 80-an. Mereka luka di beberapa bahagian badan,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa sudah mendapat rawatan di klinik kesihatan kampung itu dan setakat ini kecederaan yang dialami mereka tidak serius. Menurutnya, memang terdapat monyet kelihatan berkeliara­n di kawasan kampung itu sebelum kejadian, namun kumpulan haiwan itu melarikan diri dan bersembuny­i apabila terserempa­k dengan penduduk kampung.

Saleh berkata, ekoran insiden itu penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dengan ada dalam kalangan mereka memasang perangkap di kawasan strategik yang berhasil menangkap seekor monyet.

Katanya, kejadian itu turut dilaporkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang sudah bertindak menghantar satu pasukan untuk memasang perangkap.

“Kita juga melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) bagi mendapatka­n bantuan,” tambahnya. - Bernama

Kumpulan primat memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia