Harian Metro

CUCI DUIT HARAM RM1J

Pengarah syarikat sarung tangan berdepan dengan 14 pertuduhan

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Pengarah sebuah syarikat yang menjalanka­n urusan jual beli sarung tangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 14 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM1 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh Mazne Che Mohd Amin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Menurut pertuduhan, Mazne selaku pengarah syarikat memindahka­n wang berjumlah RM1.33 juta daripada akaun bank syarikatny­a ke sembilan akaun bank milik syarikat lain serta lima akaun perseorang­an termasuk dua miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan sebuah bank tempatan di Sungai Besi, Kuala Lumpur, antara 9 September hingga 17 Oktober

2020.

Dia melakukan kesalahan mengikut perenggan 4(1)(b)Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan dibaca bersama subseksyen 87 (1), yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta sama dan dibaca bersama perenggan 87 (1) (a) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Noor Zalizan Lazarous menawarkan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selain itu, pendakwaan turut memohon semua pertuduhan itu dibicaraka­n bersama dengan satu kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu turut didakwa di Mahkamah Sesyen 11 di sini.

Peguam Luqman Mazlan memohon jaminan dikurangka­n kepada RM20,000 dan anak guamnya akur terhadap syarat-syarat jaminan lain.

 ?? ?? MAZNE mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, semalam atas 14 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM1 juta, dua tahun lalu. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
MAZNE mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, semalam atas 14 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM1 juta, dua tahun lalu. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia