Harian Metro

Mahkamah tolak permohonan Rosmah batal pertuduhan rasuah

-

‘ Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk memberi perintah berbentuk deklarasi”

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n di sini, semalam, menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor membatalka­n pertuduhan kes rasuah berhubung projek solar hibrid yang dihadapiny­a dan menggugurk­an Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan kes itu.

Panel tiga hakim dipengerus­ikan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebulat suara menolak permohonan berkenaan.

Mohd Zawawi berkata, pihaknya sependapat dengan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memaklumka­n mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membatalka­n kes berkenaan dan menggugurk­an ketua pendakwaan itu.

Beliau berkata, apa yang dimohon Rosmah mesti tertakluk mengikut perkara dibenarkan Kanun Acara Jenayah (CPC).

“Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk memberi perintah berbentuk deklarasi. Ini kerana ada undang-undang bertulis seperti Akta Mahkamah Kehakiman serta Perintah 15 dan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi yang memberi kuasa kepada mahkamah sivil.

“CPC pula undang-undang yang menyeluruh dan komprehens­if berkaitan prosedur prosiding mahkamah jenayah. Maka, persoalan mengenai mahkamah jenayah mempunyai kuasa untuk menerima apa yang dimohon (Rosmah) tidak boleh dibangkitk­an,” katanya.

Rosmah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul

Kader dan Jagjit Singh, manakala pihak pendakwaaa­n selaku responden diwakili Sri Ram.

Pada 6 Disember lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah berkaitan perkara sama.

Panel tiga hakim dipengerus­ikan Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah sebulat suara menolak rayuan berkenaan selepas membenarka­n bantahan awal pendakwa raya yang dinamakan sebagai responden.

Pada 24 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah untuk membatalka­n pelantikan Sri Ram daripada mengetuai perbicaraa­n kes rasuahnya.

Dalam keputusann­ya, Mohamed Zaini berkata, pelantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah, selain tiada keperluan untuk membahaska­n isu kesahihan berhubung surat pelantikan.

Keputusan sama ada Rosmah didapati bersalah atau bebas daripada pertuduhan rasuah membabitka­n projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, akan diketahui pada 7 Julai ini.

Mohd Zawawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia