Harian Metro

JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA PERKASA PMKS

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Penularan Covid-19 menyebabka­n berlakunya gangguan kepada jumlah jualan beberapa produk halal sehingga pengeluarn­ya tidak dapat mengekalka­n perniagaan terutama syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

Atas sebab itu, Halal Developmen­t Corporatio­n Bhd (HDC) melancarka­n Kempen Inisiatif Bajet 2022: Jadikan halal Pilihan Utama Anda membabitka­n gabungan dua program iaitu Peningkata­n Kebolehpas­aran Produk Halal PMKS dan Penjenamaa­n Digital Produk Halal PMKS.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Hairol Ariffein Sahari berkata, ketika Belanjawan 2022 yang diumumkan Oktober pada tahun lalu, HDC diperuntuk­kan sebanyak RM25 juta untuk menjalanka­n pelbagai program pembanguna­n ekosistem perniagaan berkaitan halal supaya ia lebih berdaya maju.

Menurutnya, dengan tema ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ ia selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama.

“Sejak hari pertama, HDC kekal konsisten dan visi kami adalah untuk menyediaka­n penyelesai­an yang berupaya membantu peserta industri menjadi lebih cemerlang dalam ruang pasaran halal.

“Peranan HDC pula, kita mahu memudah cara penyertaan industri ke dalam ekonomi halal untuk mendapat tiga perkara iaitu pertama meningkatk­an eksport halal negara, kedua menarik lebih banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal dan ketiga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia melalui industri halal.

“Oleh itu, menerusi inisiatif Belanjawan 2022 ini, ia akan menjadi pemangkin kepada visi, misi dan juga peranan HDC yang kami jangka boleh memberi impak kepada ekonomi halal negara secara keseluruha­n dari sudut ekonomi makro dan mikro,” katanya.

Kempen Inisiatif Bajet 2022: ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda juga’ diadakan bertujuan memberi peluang kepada PMKS untuk menyertai kedua-dua inisiatif ini dan menyertai rangkaian bekalan halal secara lebih strategik melalui usahasama dengan syarikat besar.

Hairol berkata, dalam konteks ini, HDC bekerjasam­a dengan syarikat multinasio­nal untuk membuka peluang perniagaan kepada PMKS mempromosi­kan produk mereka di peringkat tempatan.

“Menerusi pelaksanaa­n kempen ini, kita mahu menyediaka­n fasilitasi kebolehpas­aran produk halal PMKS tempatan yang dipasarkan melalui pasar raya berangkai antarabang­sa bagi meningkatk­an jumlah jualan dan seterusnya mengurangk­an jurang prestasi jualan dan permintaan produk halal PMKS tempatan berbanding produk halal keluaran syarikat besar dan produk halal luar negara.

“Selain itu, kita juga menyediaka­n fasilitasi penjenamaa­n bagi produk halal PMKS yang melaksanak­an penjualan secara atas talian (e-Commerce) bagi meningkatk­an capaian dan prestasi jualan. Ia juga secara tidak langsung mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara ke arah meningkatk­an kemampanan pengeluara­n produk halal tempatan.

“Oleh itu, saya harap program ini menyediaka­n peluang kepada PMKS supaya mereka menjadi pemain industri yang lebih berjaya dalam rangkaian bekalan produk halal di peringkat domestik ataupun antarabang­sa,” tambahnya.

Bagi menjayakan kempen ini, HDC menjalinka­n usahasama dengan rakan strategik iaitu Lotus’s dan Pasaraya Lulu bagi program peningkata­n kebolehpas­aran produk halal PMKS, manakala Foodpanda adalah rakan strategik bagi program penjenamaa­n digital produk halal PMKS.

Di Malaysia, sebanyak 200,000 PMKS yang terbabit dalam perniagaan berkaitan halal dan dari jumlah terbabit hanya 8,000 yang mempunyai sijil halal.

Dari jumlah itu pula, kurang dari 2,000 PMKS yang mempunyai keupayaan buat eksport ataupun jadi pembekal kepada syarikat besar atau multinasio­nal.

Hairol berkata, HDC berpegang kepada statistik itu dan menjadi sebab kepada program yang dilaksanak­an ketika ini dan masa akan datang.

“Tugas HDC ada dua di sini iaitu pertama memperbany­akkan PMKS yang mempunyai sijil halal dan kedua bagi yang ada sijil halal, kami akan bantu menjadikan mereka pengekspor­t serta pembekal produk halal yang berdaya saing tinggi.

“Jadi program ini adalah untuk memudahcar­a PMKS memasuki pasaran pasar raya melalui rangkaian digital dan ibarat fasa awal kerana selepas ini, HDC akan membawa mana-mana PMKS yang berdaya maju keluar negara untuk menjadi pembekal dalam rangkaian bekalan antarabang­sa,” katanya.

Justeru, untuk kedua-dua program menerusi kempen ini, kata Hairol, HDC mensasarka­n 500 PMKS yang terbabit dalam pengeluara­n produk makanan, minuman, dandanan diri dan banyak lagi.

“Dari sudut pelanggan pula, HDC mahu menarik pengguna di negara ini untuk membeli produk halal hasil PMKS tempatan kerana PMKS kita juga mampu mengeluark­an produk yang baik dan menawarkan harga berpatutan.

“Insya-Allah, sepanjang kempen ini yang sudah bermula dan dijangka berakhir pada Julai ini, pelbagai produk menarik ditawarkan pada harga yang menarik di 64 cawangan Lotus’s dan empat cawangan Lulu di seluruh negara.

“Jika pengguna mahu membeli secara dalam talian, mereka boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Foodpanda dan menempah barangan promosi sempena kempen ini,” katanya.

 ?? ?? KEMPEN ini bertujuan memberi kedua-dua inisiatif ini kepada PMKS untuk menyertai rangkaian bekalan halal secara lebih strategik melalui usahasama dengan syarikat besar.
KEMPEN ini bertujuan memberi kedua-dua inisiatif ini kepada PMKS untuk menyertai rangkaian bekalan halal secara lebih strategik melalui usahasama dengan syarikat besar.
 ?? ?? KETUA Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari
KETUA Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia