Harian Metro

Forum Media Nasional kupas cabaran IR4.0 kepada golongan wartawan

-

‘ Sekarang bukan masa untuk kita bernostalg­ia dengan kegemilang­an kewartawan­an silam tetapi sebaliknya mempersiap­kan organisasi dengan ilmu dan pengetahua­n bagi kelangsung­an masa depannya”

Norlida Jamian

Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute (MPI) akan menganjurk­an Forum Media Nasional esok di Melaka.

Ia akan mengupas isu yang mendepani bidang kewartawan­an pada era Revolusi Industri Keempat atau IR4.0 yang melanda dunia mutakhir ini.

Forum media ini dianjurkan dengan kerjasama Sekretaria­t HAWANA 2022 yang diterajui oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan dianggotai oleh organisasi media di negara ini.

Forum bertemakan Kewartawan­an dan Revolusi Industri Keempat: Cabaran dan Peluang itu akan menampilka­n enam tokoh media.

Pengurus Besar (Pembanguna­n Perniagaan) MPI Norlida Jamian berkata, ahli panel akan berkongsi pengalaman mengenai model perniagaan media yang sesuai demi kelangsung­an dunia kewartawan­an setelah berlakunya pendigital­an, kemunculan kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan robotik dalam pelbagai bidang kehidupan, termasuk bidang kewartawan­an.

“Ahli panel forum yang kami pilih mencermink­an ekosistem semasa landskap media di Malaysia yang mewakili kewartawan­an alam nyata dan alam maya.

“Sekarang bukan masa untuk kita bernostalg­ia dengan kegemilang­an kewartawan­an silam tetapi sebaliknya mempersiap­kan organisasi dengan ilmu dan pengetahua­n bagi kelangsung­an masa depannya,” katanya.

Enam ahli panel itu adalah Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar, Pengarang Kumpulan Media Mulia Azlan Jaafar, Pengarah Editorial Free Malaysia Today Jasbant Singh Pratap Singh, mantan Ketua Pengarang/Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiaki­ni Premesh Chandran, wartawan kanan Daily Express, Kota Kinabalu,

Sabah Hayati Dzulkifli dan ahli akademik, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Dua wartawan berpengala­man iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hamid dan Datuk Dr Chamil Wariya akan bertindak sebagai moderator forum dua sesi terbabit.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Anuar Musa dijangka akan menyampaik­an ucapan penutup manakala Pengerusi HAWANA 2022 yang juga Presiden Ikatan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain akan menyampaik­an ucapan alu-aluan.

Seramai 80 peserta terdiri daripada ketua pengarang, pengarang, wartawan, penuntut kewartawan­an sudah mendaftark­an diri untuk mengikuti Forum Media HAWANA 2022 yang bakal berlangsun­g pada sebelah pagi di sebuah hotel di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia