Harian Metro

Isu ayam dijangka selesai Jun ini

-

Kuala Terengganu: Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini dijangka dapat diselesaik­an pada Jun.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, jangkaan itu berdasarka­n pemantauan dan pemeriksaa­n pihaknya terhadap industri ternakan ayam, selain beberapa langkah intervensi segera yang dilaksanak­an kerajaan untuk menyelesai­kan isu berkenaan.

Katanya, setakat ini, gangguan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan juga semakin pulih.

“Saya bercakap dengan pengeluar ayam (dan) mereka maklumkan perkara ini (isu ayam) dijangka selesai selewat-lewatnya awal Jun ini.

“Selain itu, kerajaan turut mengambil langkah intervensi drastik dalam menangani isu itu termasuk mengenakan sekatan eksport ayam dan pemansuhan permit import (AP) makanan bermula 1 Jun dan Insya Allah, ia diselesaik­an dengan cara terbaik,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemukiman Hala Tuju Penyelaras Kepengguna­an Parlimen (PKP) Semenanjun­g Malaysia

Tahun 2022 dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di sini, kelmarin.

Ditanya sama ada terdapat peniaga menjual harga melebihi harga siling RM8.90 sekilogram, Rosol berkata, pengguna boleh melaporkan kejadian itu bagi membolehka­n tindakan penguatkua­saan diambil.

“Kami buat pemantauan dan tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ini. Tindakan ini bukan berdasarka­n laporan semata-mata tetapi pemeriksaa­n yang dijalankan di premis niaga dan lapangan dari masa ke semasa,” katanya.

Mengenai kesan inflasi makanan yang ditanggung rakyat terutama golongan B40, Rosol berkata, kerajaan melaksanak­an pelbagai strategi jangka pendek dan panjang dalam menangani permasalah­an itu yang melanda bukan hanya Malaysia tetapi seluruh dunia.

Katanya, pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), penentuan harga kawalan ayam dan telur serta pemberian subsidi barangan tertentu antara usaha yang membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat.

 ?? ?? AYAM yang dijual di Pasar Pagi Jaya Gading, Kuantan. - Gambar NSTP/ASROL AWANG
AYAM yang dijual di Pasar Pagi Jaya Gading, Kuantan. - Gambar NSTP/ASROL AWANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia