Harian Metro

SALUR RM3J SEBULAN UNTUK ANAK YATIM

BIMB melalui Sadaqa House sasar kutip dana kekal RM1 bilion

- Oleh Mohamad Ashyiq Haqimi bisnes@hmetro.com.my

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) meletakkan sasaran kutipan dana kekal sebanyak RM1 bilion menjelang 2040 melalui platform pendanaan awam, Sadaqa House.

Sebanyak RM3 juta setiap bulan akan disalurkan kepada pendidikan dan kebajikan anak yatim di Malaysia melalui hasil pulangan pelaburan dana kekal itu.

Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan BIMB, Mohd Nazri Chik berkata, dana ini menerapkan tema From Cradle to Graduation iaitu untuk memberi manfaat pendidikan kepada anak yatim sejak peringkat bayi sehingga ke pengajian tinggi.

“Dana RM1 bilion ini akan dilaburkan dalam instrumen kewangan yang bersesuaia­n dan menjana pendapatan sekurang-kurangnya pada kadar tiga peratus setiap tahun.

“Ini akan membolehka­n kami untuk mengagihka­n RM3 juta setiap bulan untuk kebajikan dan pendidikan anak yatim menjelang 2040.

“Bagi memastikan manfaat terus disalurkan kepada anak yatim yang layak, 20 peratus daripada setiap sumbangan akan terus disalurkan kepada inisiatif bersama rakan pelaksana.

“Selebihnya, 80 peratus terus berada dalam dana kekal untuk menjana hasil yang lestari menjelang tahun 2040,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai permulaan komitmen terhadap usaha ini, pihaknya turut menyalurka­n sebanyak RM761,000 untuk agenda-agenda yang dipersetuj­ui bersama tiga rakan pelaksana Sadaqa House iaitu OrphanCare Foundation, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia dan Youth Empowermen­t Foundation.

“Sebanyak RM150,000 diserahkan untuk biasiswa pendidikan 30 anak yatim bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PEYATIM).

“Sebanyak RM291,000 bantuan kewangan pendidikan untuk 30 anak yatim bersama Youth Empowermen­t Foundation (YEF), manakala RM70,000 bagi geran operasi Orphancare Foundation untuk tahun 2022.

“Sebanyak RM250,000 pula akan diberikan kepada 11 rumah anak yatim terpilih seluruh Malaysia bagi geran menambahba­ik infrastruk­tur mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Dana Anak Yatim Sadaqa House boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Sadaqa House Orphan Fund di Bank Islam menerusi nombor akaun 1401401018­8888 atau layari laman sesawang Sadaqa House di pautan www.sadaqahous­e.com.my untuk maklumat lanjut.

 ?? ?? MOHD Nazri (dua dari kanan) bersama rakan pelaksana Sadaqa House.
MOHD Nazri (dua dari kanan) bersama rakan pelaksana Sadaqa House.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia