Harian Metro

Ekonomi lebih berdaya tahan pada suku ketiga

-

Kuala Lumpur: Malaysia optimis pemulihan ekonomi terus berdaya tahan pada suku ketiga 2022 namun masih terdedah kepada risiko luaran dan tekanan menurun selepas merekodkan prestasi memberangs­angkan pada suku pertama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ini berasaskan indikator daripada indeks pelopor yang meningkat 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 111.3 mata, sekali gus menunjukka­n prestasi yang lebih baik dan menggalakk­an dalam ekonomi Malaysia.

“Selain itu, Statistik Kecenderun­gan Perniagaan memperihal­kan bahawa sentimen perniagaan kekal positif pada suku kedua 2022, manakala untuk enam bulan akan datang, sentimen peniaga optimistik terhadap prospek perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 5/2022 yang dikeluarka­n DOSM semalam.

Mengulas senario sosioekono­mi semasa, beliau berkata, kebanyakan negara mencatatka­n prestasi yang lebih baik pada suku pertama 2022 yang menunjukka­n pemulihan ekonomi sedang berlaku meskipun berhadapan pelbagai krisis global berterusan yang menyebabka­n gangguan dalam rantaian bekalan, tekanan inflasi dan desakan untuk mengetatka­n dasar monetari.

Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat merekodkan pengembang­an dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan trend yang sama turut berlaku di rantau Asia melibatkan negara seperti China, Korea Selatan, Filipina dan Thailand.

“Bagi Malaysia, KDNK berkembang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 selepas mencatatka­n pertumbuha­n 3.6 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.

Kuala Lumpur:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia