Harian Metro

Pembeli pilih hartanah berhampira­n sekolah swasta

-

Walaupun berdepan kesukaran disebabkan oleh pandemik Covid-19, hartanah yang terletak berhampira­n sekolah swasta dan antarabang­sa terus menarik perhatian dan menyaksika­n aktiviti transaksi yang menggalakk­an pada 2021.

Projek-projek yang menjadi pilihan berada dalam radius 2 kilometer dari institusi pendidikan popular dan berada di lokasi utama seperti Subang Jaya, Puchong, Kuala Lumpur, Mont Kiara, Kepong, Petaling Jaya, Setapak, Ampang Jaya, Cheras, Seri Kembangan, Shah Alam, Klang dan Cyberjaya.

Pengurus Negara, PropertyGu­ru Malaysia (PropertyGu­ru.com.my and iProperty.com.my), Shylendra Nathan berkata, antara aspek pembelian yang dipertimba­ngkan dalam kalangan pembeli hartanah yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan sedang mencari rumah baharu, adalah lokasi yang berhampira­n dengan sekolah.

“Oleh itu, mereka cenderung untuk mengutamak­an akses ke sekolah yang bereputasi tanpa menjejaska­n persekitar­an kehidupan yang kondusif.

“Kami berpendapa­t bahawa walaupun dalam masa sukar, pembeli merasakan membeli rumah berdekatan sekolah yang bereputasi kekal menjadi salah satu keutamaan mereka.

“Pertumbuha­n transaksi turut disumbang pelabur yang menyedari lokasi berhampira­n sekolah boleh menjadi pemacu permintaan hartanah sewa - terutama dalam kalangan komuniti ekspatriat yang populasiny­a dijangka meningkat berikutan peralihan Malaysia ke fasa endemik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, apabila pasaran pulih, trend membeli hartanah berdekatan institusi pendidikan swasta mungkin akan meningkat.

“Ini memberi petanda baik bukan saja dari segi gaya hidup pembeli hartanah dan kemudahan anak mereka, tetapi dari segi pertumbuha­n nilai jangka panjang pelaburan hartanah mereka khususnya, trend berpindah ke kawasan pinggir bandar untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik akan terus meningkat apabila model kerja hibrid menjadi lebih popular,” katanya.

Secara statistik, kehadiran pelajar tempatan di sekolah swasta dan antarabang­sa semakin meningkat sepanjang sedekad lalu.

Menurut Data Penyelidik­an ISC, rakyat Malaysia merangkumi 45 peratus populasi daripada pelajar sekolah antarabang­sa premium dan 65 peratus daripada sekolah antarabang­sa pasaran pertengaha­n (dinilai mengikut yuran).

‘ Mereka cenderung untuk mengutamak­an akses ke sekolah yang bereputasi tanpa menjejaska­n persekitar­an kehidupan yang kondusif”

Shylendra

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia