Harian Metro

LBS DIIKTIRAF MBOR

Miliki unit rumah contoh terbanyak di dalam galeri jualan di Malaysia

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka mencipta satu lagi rekod bersejarah dengan tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Unit Rumah Contoh Terbanyak di dalam Galeri Jualan di Malaysia.

Sebelum ini, pemaju hartanah itu tersenarai buat pertama kali dalam MBOR pada 2020 melalui projek BSP21 yang memenangi anugerah ‘Bilangan Kemudahan Terbanyak dalam Pembanguna­n Kediaman’ di Malaysia dengan 103 kemudahan.

Sebanyak 13 unit rumah contoh itu juga membantu LBS memperoleh rekod kedua di dalam MBOR.

Galeri jualan LBS yang disenaraik­an dalam MBOR itu terletak di KITA@Cybersouth dan LBS Alam Perdana dengan nilai kos masing-masing RM14.8 juta dan RM16.4 juta.

Galeri jualan KITA@Cybersouth dengan keluasan binaan keseluruha­n 34,783 kaki persegi saja berjaya menempatka­n lapan rumah contoh dengan mempamerka­n jenis rumah yang berbeza iaitu Rumah Teres Dua Tingkat KITA Mekar,

‘ Kedua-dua galeri jualan yang dibina oleh LBS itu menelan belanja sebanyak RM31.2 juta dan dibina khusus untuk memastikan semua produk dapat dipamerkan dengan baik”

Rumah Bandar bagi kedua-dua unit bawah dan atas, Teres Setingkat, Pangsapuri KITA Ria Jenis A dan Jenis B, Idaman BSP dan KITA Sejati.

Galeri Jualan LBS Alam Perdana dengan jumlah keluasan binaan 18,273 kaki persegi pula menempatka­n lima rumah contoh di dalam satu galeri jualan, iaitu Rumah Bandar Ritma Perdana untuk kedua-dua tingkat bawah dan atas, Teres Dua Tingkat, Melodi Perdana dan Idaman Perdana.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, keputusan menempatka­n pelbagai jenis unit rumah pameran di bawah satu galeri jualan dibuat dengan mengambil kira kehendak pelanggan.

Katanya, mencari rumah idaman boleh menjadi proses melelahkan bagi pembeli, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berminat melihat kriteria atau konsep rumah yang berbeza-beza.

“Sebagai Pemaju Hartanah

Lim Hock San

Rakyat, matlamat LBS memberi tumpuan bukan saja pada produk dibina, tetapi juga merangkumi perkhidmat­an sebelum dan selepas membeli rumah LBS.

“Kedua-dua galeri jualan dibina LBS menelan belanja RM31.2 juta dan dibina khusus untuk memastikan semua produk dipamerkan dengan baik di samping memberikan keselesaan kepada bakal pembeli kami.

“Antara keunikan galeri jualan kami adalah setiap rumah contoh dibina dalam galeri jualan projek itu sendiri.

“Reka bentuk dan saiz rumah contoh mempunyai dimensi sama dan hampir tiada perbezaan berbanding rumah sebenar yang ditawarkan kepada pembeli.

“Selain itu, rumah contoh dilengkapi perabot dan hiasan dalaman moden untuk memberi cetusan idea kepada bakal pembeli.

“Dengan ruang dalaman selesa, bakal pembeli juga berasa selamat semasa mereka mengunjung­i rumah contoh kami,” katanya.

Majlis penganuger­ahan sijil MBOR itu diadakan di galeri jualan KITA@Cybersouth dan diserikan dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan turut disaksikan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christophe­r Wong.

 ?? ?? REEZAL Merican (dua dari kanan) dan Lim (kanan) melihat model rumah di Galeri Jualan Kita@Cybersouth, Cyberjaya. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
REEZAL Merican (dua dari kanan) dan Lim (kanan) melihat model rumah di Galeri Jualan Kita@Cybersouth, Cyberjaya. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
 ?? ?? REEZAL Merican (tengah) menyaksika­n Lim (kanan) menerima sijil pengiktira­fan daripada Wong.
REEZAL Merican (tengah) menyaksika­n Lim (kanan) menerima sijil pengiktira­fan daripada Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia