Harian Metro

Lazada, Nutribah jalin kerjasama rangsang pendigital­an pertanian Sabah

-

Kuala Lumpur: Menjelang Pesta Kaamatan yang disambut dengan meriah di Sabah, Lazada Malaysia berganding bahu dengan Nutribah, hab kesejahter­an semua-dalam-satu dan pengeluar makanan organik berkhasiat yang terkemuka di Sabah demi menyokong dan merangsang pendigital­an sektor pertanian negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, matlamat utama kerjasama ini adalah untuk menangani kekurangan saluran pengedaran yang sesuai yang membolehka­n petani dan peladang Sabah untuk menjual tanaman dan produk keluaran mereka.

“Menerusi kerjasama ini, Nutribah dan peladang organik di Sabah dapat meperluask­an saluran jualan, mengembang­kan capaian kepada lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia yang membeli-belah di platform Lazada, lantas menjana pendapatan dan melindungi mata pencarian serta menjamin punca pendapatan masa hadapan bagi peladang di Negeri Di Bawah Bayu,” katanya.

Menurutnya, ada peningkata­n dalam permintaan untuk hasil tani segar dan produk kesihatan dalam kalangan pelanggan di Malaysia.

“Justeru, kami mengalu-alukan Nutribah dan rangkaian peladang organik mereka menyertai Lazada bagi membolehka­n pelanggan membeli produk medan reka secara langsung.

“Sokongan ke arah mendigital­isasikan sektor pertanian negeri Sabah juga komitmen berterusan Lazada demi memperkasa­kan penjual serta membantu membina komuniti tempatan yang mampan,” katanya.

Sempena Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, Lazada 6.6 Gen Gaya Sale yang bermula dari 27 Mei sehingga 2 Jun 2022 menawarkan baucar penghantar­an percuma eksklusif kepada pelanggan di Sarawak, Sabah, dan Labuan dalam usaha menjana trafik dan tahap jualan bagi penjual di Sabah dan Sarawak.

Di samping baucar penghantar­an percuma, pelanggan di Sabah dan Sarawak juga layak mendapat potongan RM5 bagi pesanan melalui baucar istimewa Boost e-Wallet dengan pembelian minimum RM80.

 ?? ?? KERJASAMA Lazada dan Nutribah dapat memperluas­kan saluran jualan.
KERJASAMA Lazada dan Nutribah dapat memperluas­kan saluran jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia