Harian Metro

‘Mati’ dua minit kena kejutan elektrik ketika mencuri

-

London: Seorang pengendali perancah yang pernah berhadapan mati dua minit akibat terkena kejutan elektrik ketika cubaannya mencuri besi buruk, kini insaf dan mahu berkongsi pengalaman­nya dengan anak muda supaya tidak terjebak jenayah.

Mirror UK melaporkan dalam kejadian November 2020, Darren Harris, 29, dari Manchester menjadi ‘bebola api manusia’ dan mengalami kecederaan teruk selepas 11,000 voltan elektrik mengalir ke seluruh tubuhnya.

Dalam tragedi dua tahun lalu itu, dia terlihat papan suis dan sesalur elektrik ketika cuba mengutip serpihan besi dari kilang keluli terbiar di Wolverhamp­ton.

Mirror UK melaporkan, dia membuat andaian bekalan elektrik sudah diputuskan memandangk­an bangunan itu akan dirobohkan.

Lelaki itu kemudian meletakkan tangannya pada bar tembaga hidup yang ingin dicurinya namun badannya tercampak serta merta akibat terkena renjatan elekrik.

Dia terbaring tidak sedarkan diri selama beberapa minit, dan dia bernasib baik kerana kebetulan sebuah ambulans melalui lokasi itu.

“Seluruh badan saya terbakar dan muka saya terkopak manakala bahagian leher saya terkoyak,” dedah Darren.

Selepas koma selama 27 hari, dia terselamat daripada maut walaupun melecur tahap tiga di 47 peratus badannya.

Malah, doktor menggelarn­ya sebagai ‘keajaiban perubatan’.

Darren bergelut dengan kemurungan dan pernah berniat membunuh diri tetapi kemudian berazam untuk mengubah pengalaman buruknya itu menjadi sesuatu yang positif.

“Saya ingin menyampaik­an mesej kepada golongan muda, memberitah­u mereka bahawa melakukan jenayah takkan berbaloi. Agensi

 ?? ?? DARREN
DARREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia